Membalas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam amanat tahun barunya kepada penjawat awam Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Putrajaya, semalam yang sewenangnya menuduh bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat sebagai tidak bertanggungjawab, tidak realistik malah akan mengundang negara ke dalam masalah kewangan, memperlihatkan kelemahan PM Najib sendiri yang kini umpama ‘ayam jantan tiada taji’ .
Jika PM Najib benar-benar ada taji dan ikhlas memperjuangkan agenda“Rakyat Didahulukan”, sila sahut cabaran debat terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malahan, saya juga mencabar agar pemimpin Umno-BN lain termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berani ke hadapan bersama menyahut cabaran ini dan bersedia untuk debatkan perkara ini secara terbuka dan biar rakyat yang menentukan mana yang terbaik.
Tindakan PM Najib ini jelas menunjukkan bahawa PM Najib sedang amat tertekan, resah dan kalut kerana semakin hari semakin banyak pembaziran wang rakyat, rasuah dan salah guna kuasa oleh kerajaan Umno-BN yang didedahkan kerajaan Pakatan.
Saya juga menyelar tindakan PM Najib sendiri yang telah membuat kenyataan biadap tersebut di hadapan kakitangan awam kerajaan, yang membuktikan bahawa PM Najib sendiri tidak bersikap professional dan tidak menghormati hak kebebasan memilih dan membuat penilaian buat setiap rakyat. Tindakan Najib ini benar-benar menghina dan mengaibkan buat kapasiti rakyat sebagai warga yang berhak.
Ketika ini kerajaan Pusat Umno-BN sendiri yang terus-terusan membazirkan wang rakyat dengan pembayaran RM5.1 Juta kepada Pengerusi Syabas, RM65 juta buat baiki tandas Sri Perdana, RM5 billion buat Menara Warisan, RM40 bilion buat projek MRT, RM26 billion buat KLIFD dan lain-lain pembaziran melampau, maka penilaian PM Najib bahawa negara kita akan bankrupt lagi 3 tahun akan berlaku kerana kerakusan dan salah-laku kerajaan PM Najib sendiri.
Untuk rekod, gaji Pengerusi Syabas adalah lebih tinggi berbanding gaji CEO Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) bank terbesar di dunia, yang hanya dibayar RM1 juta setahun.
Malahan, bukan sahaja Pengerusi Syabas, kebanyakan CEO syarikat GLC lain di Malaysia menerima gaji yang amat lumayan dan tidak selayak dengan kemampuan, kelayakan dan apatah lagi pencapaian mereka.
Jika PM Najib tidak mahu negara bankrupt, segera kaji kembali semua kedudukan, kelayakan, pencapaian dan pemberian gaji serta faedah yang lumayan, melampau dan membazirkan kepada CEO ini.
ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN

MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.