Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Khamis sebulat suara bersetuju meneruskan cabaran debat terbuka Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai dasar 100 hari jika mereka menang pilihan raya umum akan datang.
Anwar hanya mahukan Najib. Bos bertemu bos. Bilis yang lain ketepi.
Hari ini tak pasal-pasal timbul pula Ummi Hafilda mencabar Anwar berdebat. Ramai yang ingin berbakti kepada Najib termasuk Ummi Hafilda. Ummi Hafilda ingin membuat jasa baru. Ini kerana bekalannya sudah hampir habis dan dia perlu sumber baru.
Khairy juga mencabar Anwar berdebat. Khairy ingin berbakti kepada bos yang bukan bosnya. Dia dianaktirikan. Sebelum dia disingkirkan dan disungkurkan bosnya, adalah bagus dia membuat tawaran memujuk hati sendiri. Mana tahu kalau-kalau mennjadi.
Nazri Aziz juga inginkan Anwar berdebat dengannya. Nazri mennganggap dirinya panglima perang Umno dan PM. Dia akan membela mana-mana PM yang dia ada dibawahnya. Untuk mengelak Najib sesak nafas di khalayak, adalah lebih baik bagi dirinya bertarung. Kalau dia yang sesak nafas, taklah ahli Umno meradang sangat, ciput!
Ini menunjukkan Anwar masih hebat. Tawaran yang dibuatnya bersungguh dan meriah disambut mereka. Anwar hanya mahukan Najib. Perkiraan Anwar betul, bilis-bilis jangan menyibuk. Perang psikologi ini pun, Najib dah 'tersyasyul' jawapan yang bukan-bukan.
Kita juga ingin mendengar 'Pa Nama' Madeq menyahut cabaran Anwar. Mana tahu orang tua itu turut terangsang membela Najib demi anaknya. Ahh...aku juga nak mengajak Rosmah berdebat, tajuk "Jambulku, Jambulmu, Siapa Hebat".
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.