"Jika rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2011, maka ia akan menjadi retrospektif,” katanya kepada wartawan di Shah Alam hari ini.
Jika cadangan pindaan itu mempunyai kesan retrospektif, ia akan memberi kesan kepada pelantikkan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.
Namun, menurut Teng, adalah terlalu awal untuk menyatakan perkara berkenaan kerana beliau belum melihat rang undang-undang itu ataupun dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan beliau untuk memanggil sidang tergempar.
Menjelaskan perkara itu, Teng berkata sidang DUN yang ditangguhkan sehingga Macini sebenarnya tidak memerlukan perkenaan Sultan bagi sidang tergempar diadakan.
Katanya, di bawah Peraturan 10(3), speaker boleh memanggil sidang tergempar jika mendaapati aalasan yang diberikan oleh menteri besar mempunyai “kepentingan umum”.
Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia dibuat secara bertulis.-mkini
Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia dibuat secara bertulis.-mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.