WarkahDaily – Setahu penulis, belum ada lagi isteri Perdana Menteri sebegitu masyhur seperti isteri Perdana Menteri sekarang dalam hal berkaitan pemerintahan negara lebih-lebih lagi yang sudah pun ada kementerian yang boleh menguruskannya.Namun isteri kepada Datuk Seri Najib kali ini amatlah istimewa apabila dipertanggungjawabkan dalam menguruskan sebahagian daripada kerja yang sepatutnya dilakukan oleh kementerian pelajaran atau kementerian pembangunan keluarga dan wanita kerana ianya berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
Alangkah beruntungnya si punya badan kerana dibenarkan si suami untuk tugas itu yang diberitakan mendapat peruntukan yang begitu besar dalam bajet 2011.
Semalam, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor diberitakan mendapat kunjungan hormat daripada Menteri Pelajaran Arab Saudi Putera Faisal Abdullah Mohamad Al-Saud dan timbalannya, Nora Abdullah Al-Fayez.
Mereka dikatakan membincangkan akan kepentingan pendidikan awal dan pembangunan modal insan bagi kedua-dua negara.
Menjadi persoalan, atas kapasiti apa isteri PM diberi tugas sedemikian? Apakah kerana beliau isteri kepada PM atau pun beliau sudah pun diberi tugas khas yang setaraf dengan jawatan Menteri kabinet?
Setahu penulis, kita sudah pun ada kementerian Pelajaran yang menguruskan perihal pendidikan dan mempunyai kementerian pembangunan keluarga dan wanita, mungkin boleh menguruskan perihal pendidikan awal kanak-kanak.
Amatlah bertuah negara kita jika mempunyai isteri PM yang begitu komitmen dan rajin membantu suaminya sehingga diberi tugas khas dalam pentadbiran negara.
Biasa kita mendengar, isteri Perdana Menteri hanyalah sekadar penasihat badan-badan amal dan lebih tinggi lagi, menjadi bos kepada isteri wakil-wakil rakyat pemerintah disamping menjadi pengiring kepada si suami.
Namun penulis tidak mahu, ‘kerajinan’ yang ditonjolkan isteri PM itu mengundang polemik tidak sihat seperti penyalahgunaan kuasa, salah urus tadbir wang kerajaan untuk kroni dan sebagainya.
sumber: warkahdaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.