Followers

Wednesday, January 19, 2011

Beranikah istana tegur kelaku Rosmah ???

Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan.

Satu kumpulan dari pelbagai latar belakang bakal menggerakkan penyerahan memo ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu. Antara isi kandungan memo pada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah.

Mungkin sudah muak dengan apa yang dipertontonkan oleh Rosmah laki Najib nih terutama sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini.

Masaalahnya disini ialah, beranikah pihak istana menegur si Rosmah nih yang dikatakan semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri. 

sumber: shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.