Followers

Sunday, January 9, 2011

Bank Data Rintihan Rakyat ?

Dalam menghadapi PRU-13 dimana rakyat sekali lagi dihujani dengan janji-janji manis parti dan calon-calon yang akan bertanding, kerajaan rakyat menyediakan Bank Data Rintihan Rakyat. Fungsi Bank Data Rintihan Rakyat ini antaranya; menerima dan menganalisa setiap maklumat dan rintihan yang disampaikan oleh rakyat marhaen. 


Segala janji pilihan raya yang telah diwarwarkan oleh mana-mana pemimpin atau parti politik tetapi gagal dilaksanakan adalah keutamaan kami. 

Dalam penyediaan data rintihan rakyat ini, kami tidak memihak kepada mana-mana parti atau wakil rakyat. Maksudnya, samada wakil rakyat dari kalangan Umno/BN atau Pakatan Rakyat maupun wakil rakyat Bebas, semuanya menjadi perhatian kami. 

Semua rakyat Malaysia (samada yang layak mengundi atau tidak) mempunyai hak untuk menyuarakan masalah, ketidakpuasan hati, keluhan atau rasa terpinggir atau terperdaya oleh janji-janji pemimpin politik di kawasan mereka.

Masalah pendidikan, sosial, prasarana, kilang haram, tingkahlaku wakil rakyat dan keluarga mereka, rasuah dikalangan pemimpin politik atau penjawat awam adalah termasuk dalam maklumat yang boleh disampaikan kepada kami untuk tindakan selanjutnya.

Setiap maklumat yang kami perolehi akan kami selidiki kesahihannya sebelum tindakan selanjutnya dilakukan. 

Kami merasakan sesuatu yang amat penting rakyat dimaklumkan apa saja kepincangan setempat berkaitan pemimpin mereka.  

Kirimkan maklumat kalian kepada kerajaanrakyat.news@gmail.com

Semoga dengan tindakan dan keprihatinan kalian terhadap isu-isu semasa akan dapat membantu pencerahan terhadap masa depan negara.

Salaam Takzim

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.