Followers

Wednesday, December 22, 2010

YB Senator Ezam M Nor Menjelma Kembali ? - P Hayat

Alahai Ezam ...Desak mengharamkan DAP oleh seorang jaguh yang telah terlencong landasan perjuangan adalah petanda jelas betapa terdesak dan gelabahnya parti assobiyah Umno.Desakan watak tersebut (pembaca – panggillah Senator Ezam) yang telah dianugerah hadiah istimewa oleh Perdana Menteri adalah di saat manis Pakatan Rakyat mencapai deklarasi penting dari konvensyen di Pulau Pinang tiga hari lepas.

Barangkali Senator Ezam teraba-raba apa pula peluru yang hendak dilepaskannya setelah berjaya menumpas seekor jerung di Selangor, kerana ia bukan suatu kerja mudah (menumpaskan jerung) dan maklumlah saudara Ezam adakah pembenteras gejala rasuah yang disegani!

Saudara Ezam perlu ingat bahawa jerung yang ditumpaskannya hanya satu peratus (angka diberi oleh penganalisi Pakatan Rakyat) , bermakna Ezam perlu bongkar 99 peratus lagi skandal rasuah melibatkan jerung yang bersembunyi di dalam negara ini.

Penulis percaya rakyat sukar menerima desakan atau saranan Ezam ini kerana mereka nampak Ezam adalah projek mega Najib untuk menyambung sisa-sisa hayat Umno dan diri Najib sendiri, justeru itulah seorang bertaraf bekas Menteri Besar seperti Khir Toyo sanggup mereka korbankan. Bukankah Umno sanggup lakukan apa saja demi mempertahankan Putrajaya (atau Umno/Najib?)

Jika tidak kerana diputar belit dan disembunyi oleh media perdana pengampu Umno, rakyat akan lebih jelas dan faham mana lebih baik antara DAP dan Umno buat masa ini, khususnya di dalam isu melibatkan Pulau Pinang dan Selangor.

Allah s.w.t. telah takdirkan perjuangan DAP mungkin tidak sesuai berseorangan di bumi Malaysia ini, maka diberi jalan untuk bersama PAS dan PKR.

Deklarasi berharga yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat melalui konvensyen ke 2 di Bayan Lepas itu khususnya jaminan oleh Karpal Singh bahawa DAP akan tetap mempertahankan Perlembagaan khususnya perkara berkaitan Islam, orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu telah semakin menyakinkan rakyat pelbagai kaum terutama orang Melayu untuk bersama Pakatan Rakyat.

Karpal Singh adalah tokoh peguam dan politik super veteran yang dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia, kini sedang didampingi oleh ulamak-ulamak dari PAS yang teguh dengan agenda perjuangan ummah Melayu dan Islam.

Karpal Singh (satu watak yang dibenci/ditakuti? Oleh Umno) adalah antara tokoh DAP yang telus dan berintergriti.

Lim Guan Eng juga daripada DAP adalah Ketua Menteri Pulau Pinang kini, pernah masuk penjara hanya semata-mata mempertahan dan membela seorang gadis Melayu yang telah dionar oleh orang besar. Moga rakyat tidak lupa pengorbanan tokoh ini.

Kini beliau yang mempunyai sedikit kuasa berhasrat untuk menuruti Umar Abdul Aziz di dalam pentadbirannya.

Kebajikan yang dilakukannya seperti memberi elaun kepada para hufaz, menambah elaun untuk imam dan guru KAFA, elaun untuk warga emas dan lain-lain lagi sehingga menambahkan peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam sehingga RM 24 juta (dibanding semasa BN memerintah, RM8 juta) meletakkan Guan Eng di hati rakyat yang berbilang kaum.

Malangnya media perdana tajaan Umno-BN tidak pernah melaporkan perkara baik dan kebajikan yang dilakukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, sebaliknya disiarkan perkara buruk, fitnah dan provokasi hanya semata-mata kerana irihati tidak dapat projek untuk kroni.

Meneropong perkembangan terkini inilah (deklarasi konvensyen ke 2 Pakatan Rakyat) barangkali saudara Ezam tersentak dari lamunan tidur di sofa empuk senatornya, lantas tergesa melancarkan peluru tak berpandu dan peluru itu tersasar di Laut Cina Selatan.

1 comment:

  1. tak masuk akal..berita sebenar lain...yg ezam pi panjang2kan plak...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.