Followers

Wednesday, December 1, 2010

UMNO Umpana Seekor Comeleon Yang Boleh Berubah Warna !


Dalam UMNO ni memang banyak pelakon handalan. Ada di antaranya, boleh membawa watak dengan begitu bersaja dalam pelbagai situasi, keadaan dan tempat. Begitu natural sekali lakonan mereka.

Orang kata... mereka yang mempunyai bakat seperti ini pandai berpura-pura. Mereka ini umpama seokor comeleon yang boleh berubah warna mengikut persekitaran di mana ia berada.

Begitulah juga manusia yang benama Mahathir Mohamad mantan PM kita yang ke 4. Dia boleh diibaatkan seekor 'cameleon' yang memang pandai berlakon. Manusia seumpama ini sukar untuk dipercayai.

Dalam Forum Malaysia-Eropah (MEF) semalam, Mahathir buat kenyataan yang bercanggah dengan tindak tanduknya. Nampak sangat hipokritnya. Depan audience yang banyak orang putih, lain bunyi cakapnya. Depan audience orang tempatan lain pulak bunyi cakap, pendirian serta tindak tanduknya. Errmm.... pelakon yang pandai berpua-pura.

Dia kata konsep 1Malaysia ada persamaan dengan Wawasan 2020-nya. Aaaii... apakah dia cuba nak kata yang Najib tiru apa yang dia dah buat tapi guna label yang berbeza. Ciplak idea dia. Sebabnya... kedua-duanya bermatlamat membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu. Kau tiru aku ke.... aku tiru kau ke.... tak der bezanya. You all bukan ke mentor dan mentee.

Untuk capai matlamatnya.... rakyat Malaysia mesti kikis pengenalan bangsa mereka. No more rakyat Malaysia berbangsa Melayu, Cina, India and so on. Semua mesti mengaku diri sebagai Malaysian sahaja. Yang syiuknya... dia juga kata, bina satu bangsa Malaysia, hak-hak keistimewaan kepada sesuatu bangsa mesti dihapuskan.

Ha... ha... ha... hak istimewa melayu ler tu. Melayu akan hilang hak istimewa mereka. Bangsa Melayu mesti korban apa yang selama ini dipertahankan oleh Melayu berfahaman UMNO. Aaaiii.... biar betul?? Waras ke orang tua ni...

Hello.... Perkasa?? Where are you?? Hello Pekida?? Where are you?? Hello... UMNO and gang?? Where are you??

Ironis sekali, kan?? Mahathir yang ditabalkan sebagai maharaja PERKASA bersuara dalam nada yang berbeza terutama apabila berada di tengah-tengah audience tempatan. Dia nampak bersungguh-sungguh mempertahankan hak-hak istimewaan Melayu daripada diancam dan terancam. Dia sanggup bersekongkol dengan sebuah pertubuhan yang kelihatan rasis.

Inilah dia Mahathir... talam yang bermuka dua. Rakyat boleh nak percaya ke, pemimpin macam ni??

Sudahlah.... macam cameleon, bermuka dua pulak tu. Sudahlah bermuka dua... lidah pulak bercabang.

Hmm... Dah lama dah rakyat hilang kepercayaan padanya. Sebab itu, kena turun takhta. Dipaksa secara diplomasi agar berpencen awal.

Sekarang pandai-pandai UMNOlah nak urus orang tua ni. Mantan bapak mereka, tanggung jawab mereka.

[sumber]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.