TENOM, Disember 5, 2010: Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Mojimbun menyifatkan tindakan parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada September, 2008 amat bertepatan sekali kerana parti itu tidak lagi sanggup melihat karenah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa berlaku dalam kepimpinan kerajaan BN.
Tegasnya, malahan teguran yang dibuat oleh parti parti kecil dalam BN khususnya SAPP langsung tidak diambil peduli oleh mereka walaupun tujuan SAPP adalah ikhlas demi melihat kelangsungan pentadbiran dan kepimpinan BN menuju kearah landasan yang betul.
"Kita bukan merajuk tetapi tindakan kita mahu menyelamatkan rakyat dan negeri ini dari terus menuju kemunduran yang berterusan…kerana kita dalam 47 tahun bersama membentuk Malaysia hak asasi kita mengikut dalam Perlembagaan terus terbiar, maksudnya kita rakyat Sabah terus dibelenggu kemiskinan," kata beliau ketika berucap merasmikan majlis Induksi Ahli Ahli Baru SAPP kawasan Kemabong diHotel Perkasa dekat sini pada Ahad.
Hadir bersama dimajlis itu, Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Frankie Chong Yu Chee, mantan Menteri Kewangan semasa kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Ahli Majlis Tertinggi Steven Gaimin dan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi.
Eric seterusnya menegaskan bahawa selagi kepimpinan SAPP masih berada dalam BN selagi itu hak parti itu bersuara lantang untuk menyuarakan sesuatu perkara yang bertentangan dengan aspirasi rakyat khususnya diSabah tidak digalakkan malah dilabel sebagai menentang dasar perjuangan kerajaan BN.
Tegas beliau, SAPP tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap kelibat segelintir pemimpin bersifat kuku besi Kuala Lumpur berhubung penyelesaian masalah Pendatang Asing Tanpa izin (PATI), Kad pengenalan Palsu, penyelewengan dan korupsi yang berleluasa dimana sehingga kini masalah tersebut masih berkeadaan tergantung.
"Perjuangan SAPP semata mata untuk membela rakyat Sabah dalam usaha mahu memertabatkan bangsa dan maruah negeri selain meningkatkan taraf hidup rakyat dengan harapan lambat laun rakyat akan terkeluar daripada kepompong kemiskinan," tegas Eric.
Datuk Eric yang juga Ahli Parlimen Sepanggar seterusnya menegaskan, bahawa agak malang sekali dimana laporan media baru baru ini mengejutkan banyak pihak apabila Bank Dunia mengatakan Sabah merupakan negeri yang termiskin diMalaysia.
"Saya bertanya diri saya sendiri, siapa yang mengakibatkan masalah ini berlaku? Sejurus itu ia mengingkat saya…siapa lagi kalau bukan tindak tanduk pemimpin pemimpin UMNO di Semenanjong yang suka membazir dan menggunakan peruntukkan yang berlebihan untuk kroni kroni mereka tetapi tidak sampai kepada sasaran tepat. Siapa yang menjadi mangsa kita diSabah pembangunan tidak sampai…kalau sampai pun lambat," tegas beliau dengan nada kesal sambil merujuk beberapa kawasan dipedalaman merungut kerana jalanraya rosak terok tidak dinaik taraf malah rakyat mendakwa setiap hari bergelut dengan lumpur.
Terdahulu, wakil peserta Induksi Kemabong yang juga mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Kemabong Saul Salleh yang telah menyertai SAPP sebulan lalu berkata, beliau tidak sanggup lagi bersekongkol dengan perjuangan UMNO yang sering dicurigai rakyat keikhlasannya terhadap membangunkan kawasan disitu.
Katanya, cukuplah UMNO bertapak disitu selama empat penggal namun untuk meneruskannya sudah tidak ada kemungkinan lagi kerana mereka telah muak dengan kelibat buruk kepimpinan UMNO selama ini ibarat pepatah ada mengatakan "Bertuan dimata, ber Raja di mulut dan ber Sultan dihati".
Sebaliknya tegas Saul, rakyat jelata diperingkat akar umbi sudah faham dengan jelas bahawa mereka (rakyat) memerlukan perjuangan sebuah parti tempatan seperti SAPP dimana hanya parti tempatan sahaja yang mengerti masalah rakyat diSabah dan mampu menyelesaikan masalah mereka.
Oleh: Mail Mathew
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.