Followers

Tuesday, December 7, 2010

Musnahkan Keangkuhan UMNO-BN Analisis Isu Oleh: ruhan

"Dr. M kata 1 Malaysia hanya akan berjaya jika semua rakyat menolak ke tepi soal bangsa. Kenyataan ini bercanggah dengan pandangan sebelumnya yang dikeluarkan sendiri oleh beliau dan bercanggah juga dengan pandangan UMNO dan pengampu-pengampu mereka.

Dulu Dr. M kata dia tidak faham konsep 1 Malaysia. Sekarang dia seolah-olah telah faham konsep tersebut. Jika demikian, mengapa dia mengambil begitu banyak masa untuk memahaminya? Atau dia pura-pura faham semata-mata kerana hendak mengambil hati Najib dan menunjukkan sokongan berterusan kepada PM itu? Perangai seperti itu memang sudah lama mendarah daging dalam pemikiran pemimpin UMNO.

Dengan bersikap demikian, Dr. M terpaksa menghadapi tekanan golongan yang sekonyong-konyong mendewakan Ketuanan Melayu yang menurut Dr. Asri tidak selaras dengan ajaran Islam. Nampaknya, ketidakstabilan pegangan UMNO terhadap sesuatu gagasan mendatangkan banyak bencana kepada parti tua yang sekular itu.

Sebelum hal ini dibawa oleh Presiden PKR, kritikan keras Pakatan Rakyat terhadap Ketuanan Melayu dan diikuti dengan tempelakan MCA, UMNO melalui Ketua Pemuda dan Ketua Wanita mahu istilah itu ditukar. Macam-macamlah istilah yang keluar. Namun, kesemuanya sirna begitu sahaja.

Sekarang dihebohkan pula dengan memakai baju yang baru. Apakah implikasinya? Rakyat Malaysia sememangnya tidak begitu stabil atau senget pemikiran mereka. Merapu tak habis-habis tetapi tidak ada benda yang selesai. Yang diselesaikan ialah merompak wang rakyat kemudian mendera mereka dengan kenaikan harga pelbagai barangan. Sekali lagi hal ini menunjukkan kecetekan IQ pemimpin kerajaan. Seolah-olah tiada jalan lain untuk menyelesaikan masalah.

Jika mereka tidak mampu menyelesaikan masalah, mengapa memilih untuk menjadi pemimpin? Rakyat tidak memerlukan pemimpin yang buntu pemikiran setelah tersedar diri bahawa joli katak yang mereka telah lakukan selama ini menguncupkan kantung kewangan negara. Pemimpin jenis apa mereka ini?

Mereka tidak bertanggungjawab. Namun, berdegar-degar mereka laungkan supaya puak-puak mereka mendekati rakyat, turun padang menyelami susah payah rakyat dalam konvensyen BN. Rakyat tidak akan percaya dengan lakonan picisan mereka. Ketiadaan modal menyebabkan mereka hanya mampu menghina musuh dengan fitnah yang berjela-jela, seolah-olah Kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat kerjanya makan tidur sahaja.

UMNO-BN hanya memandang sebelah mata kejayaan dan pujian yang diberi kepada Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Mereka juga memandang sebelah mata kegagalan negeri-negeri yang mereka perintah termasuk merencatkan pertumbuhan dan menaikkan jumlah hutang di Perak yang mereka rampas. Barangkali mereka ingat rakyat terlalu buta hati untuk menilai kebobrokan mereka itu. Kebarangkalian itulah yang nantinya akan memusnahkan mereka.

http://bilahrotan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.