Followers

Monday, December 13, 2010

Liwat Fasa 2: Konspirasi Malaysia-Singapura-Israel???


Untuk memahami keadaan ini, ada lebih baik kita kembali kepada tuduhan WikiLeaks.

Anwar Ibrahim diperangkap oleh musuh politiknya, sudah pastinya dari Ezam Senatak dan Najib Altantuya serta Mahathir sebagai "teraju utama".

Lalu, diberi hebahan kununnya Ezam berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar di Plaza Tol Rawang, tiga hari sebelum Saiful membuat laporan perubatan seterusnya laporan polis.

Untuk menjadikan jalan cerita ini lebih "real", Ezam kununnya telah berjumpa dengan Mumtaz Jaafar di kediaman Perdana Menteri di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Rosmah Mansor, kunun mahu meminta nasihat.

Sebenarnya, Ezam telah bertemu dengan Mahathir secara senyap beberapa minggu sebelum itu di salah sebuah rumah persendirian Mahathir. Lokasi pertemuan mereka dirahsiakan atas sebab keselamatan pihak yang mendedahkan pertemuan ini.

Mahathir telah memberitahu bahawa pengaruh Anwar mesti dihapuskan dan tiada jalan lain kecuali mendakwanya sekali lagi atas alasan pembantunya diliwat.

Setelah pertemuan itu, Najib Altantuya mengarahkan Ezam membawa Saiful setiausaha sulitnya di pejabat Timbalan Perdana Menteri, Khairil Annas Yusof bagi membincangkan langkah selanjutnya.

Dengan bantuan beberapa pegawai Cawangan Khas (SB) yang ditugaskan kepada Najib Altantuya, Ezam berbincang strategi bagaimana mahu memerangkap Anwar dengan tuduhan liwat.

Saiful sudahpun dihantar sebelum itu ke dalam pejabat Anwar melalui rakannya (Rahimi Osman) yang mahu berhenti atas sebab peribadi.

Rahimi langsung tidak tahu menahu Saiful sudah berjumpa dengan Cawangan Khas sebelum itu. Maka tidak hairanlah, apabila pendedahan kununnya Rahimi bersumpah palsu, semua orang tidak percaya kepadanya.

Sementara itu, pegawai Cawangan Khas telah diberi taklimat khas mengenai "operasi sulit" memerangkap Anwar dengan kes liwat.

Tetapi, menemui jalan buntu kerana Najib Altantuya tidak bersetuju dengan operasi terbabit. Alasannya tidak diketahui.

Lalu Najib Altantuya mengarahkan Cawangan Khas Malaysia menghubungi rakan mereka di Singapura untuk meminta buah fikiran bagaimana mahu menjadikan kes ini "berjalan lancar".

Singapura pada mulanya keberatan untuk memberi bantuan, terutamanya dari segi taktikal kerana tidak mahu masuk campur hal dalaman Malaysia. Tetapi apabila Najib Altantuya tahu "gambar mesranya" dengan model Mongolia, Altantuya Shaariibu tersimpan bersama Lee Kuan Yew, maka Najib tidak punya banyak pilihan.

Bukanlah Najib Altantuya hendak sangat "memerangkap" Anwar dengan kes liwat, walaupun itulah yang dia mahukan sebenarnya.

Sebenarnya Singapuralah yang kita semua tahu Yahudi Israel di belakangnya yang mahu Anwar Ibrahim diperangkap menggunakan taktik yang disebut "tumpas belakang" (rear-knock).

Kaedah ini telah berjaya digunakan ketika Presiden Amerika Syarikat yang ke 42, Bill Clinton didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Monica Lewinsky, seorang pembantu di pejabat Oval Office yang berketurunan Yahudi!

Soalan baik:

Mengapa Singapura dan Israel beriya-iya mahu Anwar diperangkap dan didakwa?

Mudah saja.

Kerana Anwar sudah kembali kepada "fitrahnya", Islam. Jadi untuk menghalang perkembangan Islam dan mengekalkan hegemoni Anglo-Amerika di Asia Tenggara, Anwar mesti disumbat kembali ke Sungai Buloh semula.

Sebab itulah mengapa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sanggup "mencemar duli" turun ke Kelantan berjumpa dengan Nik Aziz Nik Mat bagi memberi dua isyarat kepada Anwar dan Najib, serta Mahathir.

Tetapi tidak pula dia berjumpa dengan ketiga-tiga nama di atas. Mengapa?

Pertama, untuk memberi "isyarat" bahawa Singapura hanya "mengiktiraf" Nik Aziz sebagai "ketua" dan tidak Anwar, sekaligus memberi tamparan serta peringatan "sesuatu yang berulang bakal berlaku".

Kedua, Kuan Yew tidak berjumpa Najib kerana "Najib sudah menurut apa sahaja katanya" selagi gambar panas itu masih tersimpan di tangannya. Maka sahlah Najib sudah di bawah pengaruh Lee Kuan Yew.

Ketiga, Mahathir telah memberitahu Kuan Yew, bahawa sekiranya Anwar menang pilihanraya umum, tiada siapa yang akan dapat menjamin kedaulatan republik itu dari tindakan "unilateral" Pakatan Rakyat yang mahu isu kebajikan rakyat seperti tarif air mentah, CIQ, robohkan Tambak Johor dan isu Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) dikaji semula.

Juga, segala penyelewengan termasuk Iskandar Malaysia dan tanah KTMB di republik itu akan terdedah dengan sendirinya.

Perisikan Israel yang ditugaskan dalam Cawangan Khas Polis Singapura telah memberi isyarat "bersedia untuk bertindak" sesudah saja Saiful disahkan telah mula bekerja dengan Anwar.

Apa yang terjadi selepas itu kita semua telah mengetahuinya.

Kesimpulannya:

1) Pegawai Anwar Ibrahim sebenarnya ada yang menjadi "mata dan telinga" perisikan Singapura dan Malaysia. Siapa?? Carilah sendiri.

2) Lee Kuan Yew tidak mahu pemerintahan "bersih" menggantikan Barisan Najis. Kerana kepentingan dan survival negaranya pada masa depan, dia telah menurut nasihat Yahudi Israel untuk menyekat kebangkitan Islam di Malaysia.

3) Najib Altantuya akan terus berkuasa sesudah Anwar Ibrahim disumbat ke penjara. Selepas itu barulah dia berani mengisytiharkan pilihanraya umum yang tentunya bakal menjadi padang berat sebelah buat Pakatan Rakyat.

4) Pakatan Rakyat akan memenangi beberapa negeri lagi, tetapi tidak berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru, oleh kerana segala perancangan yang diatur telah siap untuk memastikan Barisan Najis kekal mandat sepenggal lagi. Pembiayaan menerusi "dana khas" Kerajaan Singapura.

Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.