Followers

Thursday, December 23, 2010

Isu Penyingkiran Tan Sri Ali Hashim, Tolonglah Datuk Najib!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta campur tangan dalam menyelamatkan QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings Bhd. (KFCH) daripada dijual oleh Johor Corporation (JCorp).

Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Dr. Ridhuan Tee Abdullah berkata, usaha JCorp menyingkirkan Tan Sri Muhammad Ali Hashim melalui mesyuarat agung luar biasa yang bakal diadakan pada bulan depan juga perlu diberi perhatian serius.

Menurut beliau, campur tangan Najib perlu bagi melindungi kepentingan strategik milik orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata, penjualan kedua-dua aset strategik milik JCorp bagi melunaskan hutang syarikat konglomerat itu sepatutnya bukan menjadi persoalan memandangkan nilai aset dan hartanya lebih daripada mencukupi untuk membayar hutang.

‘‘DPIM memandang berat isu berkenaan kerana ia melibatkan kepentingan orang Melayu secara khusus dan kepentingan Islam secara keseluruhannya.

‘‘DPIM difahamkan penjualan QSR dan KFCH adalah sasaran JCorp. Seperti yang disaksikan dalam pengalaman korporat, penjualan, termasuk pelucutan aset (asset stripping) adalah kaedah paling mudah, murah dan jalan pintas bagi sesiapa berminat untuk menjadi cepat kaya berlipat kali ganda.

‘‘Berikutan itu, sebarang usaha untuk melupuskan pelaburan tersebut memerlukan satu penelitian mendalam,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ridhuan berkata, pada akhir 2009, Kumpulan JCorp memiliki aset bernilai RM14 bilion dan usaha juga sedang dilaksanakan untuk membiayai semula pinjaman sedia ada dengan pihak bank.

‘‘Dengana adanya usaha strategik ini, JCorp tidak perlu melupuskan QSR atau KFCH, bukan sahaja melindungi kepentingan jangka panjang rakyat dan bangsa Melayu malah menyumbang kepada ekonomi negara dan agenda Melayu.

‘‘Agenda Melayu mempunyai kaitan dengan agenda Islam dan sekiranya syarikat yang dikuasai orang Melayu terus dirundung masalah, apakah yang akan berlaku kepada umat Islam di negara ini?’’ tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.