Followers

Sunday, December 12, 2010

Cerita Cekik Darah Nor Yakcop Kepada Presiden Korea Selatan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Program menyatakan rasionalisasi subsidi kerajaan BN yang menyaksikan harga barangan asas seperti petrol, gas dan gula dinaikkan turut mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak yang melawat Malaysia selama dua hari mulai Khamis lalu.

Nampaknya Nor inginkan pujian Presiden Korea Selatan dan inginkan kutukan serta cemuhan rakyat Malaysia. Le Myung-bak juga adalah sebahagian dari pengundi Nor pada pilihanraya akan datang. Presiden itu makan pun dah terlebih cukup tetapi pujian yang diinginkan Nor mencekik sebahagian rakyat Malaysia.

Malaysia menjadi bijak dengan menjaga subsidi...kah! kah! kah! Rakyat tidak nampak itu sesuatu yang bijak. Kasihan Presiden Korea Selatan dikelentong 'Nor and The Gang'. Pengurangn subsidi untuk menjaga kedudukan kewangan negara kononnya.

Hei...hangpa tak cerita ke, duit yang hangpa songlap, dibazirkan dengan projek yang bukan-bukan-janji duit masyuk dan pelbagai perkara yang mengurangkan kewangan negara kepada Presiden itu. Takkan cerita subsidi yang mencekik rakyat sahaja yang hangpa cerita.

Nor juga perlu faham, takkan tetamu itu mengutuk pula tindakan kerajaan, adat tetamu berbahasa-bahasalah. Takkan itupun Nor tersengih memanjang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.