Followers

Thursday, December 23, 2010

Akta Pengangkutan Jalan !! - TVS



KUALA LUMPUR 23 DIS : Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang dipimpin Pakatan Rakyat menganggap pindaaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 sebagai percubaan kerajaan untuk menswastakan saman ekor.

Pengerusinya Datuk Mahfuz Omar mendedahkan bahawa Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang mengeluarkan saman menerusi kamera berkomputer bukanlah dikawal oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mahupun Polis tetapi pihak ketiga.

Mahfuz kemudiannya memberitahu kedua syarikat berkenaan ialah Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle Sdn Bhd.

Malah syarikat tersebut bakal menerima 'komisyen' dengan saman yang dikeluarkan mengikut modul simulasi kewangan yang dinyatakan Timbalan Menteri Pengangkutan.

Mahfuz bersama Wakil Rakyat Pakatan Rakyat dan KASE hari ini menghantar memorandum kepada Agong meminta Baginda meneliti dan tidak mempersetujui Pindaan Akta Pengangkutan Jalan ini.

Turut bersama beliau ialah Timbalan Pengerusi KASE dan Adun Paroi Taufek Ghani, Ahli Parlimen Kubang Kerian Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Baling Taib Azamudeen, Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin, Peguam KASE Zulhazmi Syarif dan Hairul Alias serta Pegawai Khas Parlimen PAS Wan Johari Wan Jaafar.

-Laporan lanjut bakal menyusul-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.