Followers

Thursday, November 11, 2010

Walllawoiii... hebat betul la PKR nih...

Begini punya banyak aduan yang keluar dimuka akhbar dan blog, begitu banyak juga bantahan disuarakan, tapi PKR tetapi tidak akan menangguhkan pemilihan parti 2010.

Pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung sekarang akan diteruskan walaupun ada gesaan agar ia dibatalkan dan diadakan semula proses pengundian ekoran dakwaan kepincangan dan kecacatan. Ketika dihubungi petang ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah berkata ia antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat Biro Politik yang diadakan semalam.

Keputusan itu ekoran memorandum yang dikemukakan oleh salah seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub kelmarin. Dr Cheah berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Mustaffa tengah hari tadi untuk menjelaskan keputusan, antara lain meminta bukti dan penjelasan berhubung aduan-aduan yang dikemukakan dalam memorandum beliau.

Mustaffa memberitahu beliau akan mengadakan sidang media pagi esok untuk mengumumkan pendiriannya ekoran keputusan yang disampaikan oleh JPP.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.