ADUN UMNO dari DUN Pulau Betong mengakui:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.
Kalau orang kata taukeh Cina suka beri rasuah, kita kena soal kenapa orang Melayu tu sanggup terima rasuah. Kalau kita kata dadah merosakkan orang Melayu, kita kena soal bagaimana perkara ini berlaku dalam keadaan Polis Di Raja Malaysia dikuasai oleh bangsa Melayu. Kalau kita kata orang Melayu dilanda masaalah buang bayi, kita juga kena soal mengapa perkara ini berlaku dalam keadaan Kementrian Pendidikan dan Majlis2 Agama ISlam semuanya di bawah penguasaan orang Melayu.
Kalau kita persoalkan mengapa orang Melayu ramai tidak berjaya dalam perniagaan, kita juga kena persoalkan mengapa jadi begitu sedangkan Kementrian Kewangan dan bank2 di Malaysia dikuasai orang Melayu?
Cuba berhenti salahkan bangsa lain, cuba kita perbetulkan apa yang tidak betul dengan bangsa kita.
Kempen menyalahkan Cina dan DAP ini adalah propaganda UMNO demi menyelamatkan hayat politik UMNO yang semakin uzur dan tua ini.
Wallahualam
Tulang Besi
Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakisMohd Sabri Said
JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.
Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.
Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.
Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.
"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.
Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.
Posted by Tulang Besi at 6:37 AM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.