"Aku kesian bila TS Khalid yang terpaksa tanggung benda ni..Tuanku Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah telah buat keputusan yang bijak bila baginda, tak tahu lah sama ada baginda murka atau tidak, tetapi gurkah-gurkah politik di'port' kata baginda 'clearly not happy', hingga terpaksa menolak jemputan untuk ke majlis jamuan makan tengahari sempena Sambutan 40 tahun Yayasan Selangor, sekali gus pada masa yang sama bolehlah baginda berjumpa dengan rakyat negeri baginda yang sama-sama mendapat jemputan ke-majlis itu.
Gurkah-gurkah politik di'port' pun boleh marah, sedih dan kecewa dengan kontrovesi yang sedang dihadapi Yayasan Selangor ini, apa tah lagi baginda Tuanku Sultan?!
Punya 'joli', sampai tertaksa tutup Institiut Kemahiran Yayasan Selangor di-Kampung Terap,Sabak Bernam sebab tak ada duit. Bila tanya, kata tak menguntungkan.
Yang buat gurkah-gurkah politik di'port' lagi geram ialah bila mak bapak student-student ni mogok, tunjuk perasaan kata PR Penipu Besar laa..,Kerajaan Selangor Zalim laa..,Tutup peluang anak melayu belajar laa..dan macam-macam lagi lah! ... lain orang buat hal,PR punya nama juga yang busuk! damnnn!!!
GM dia pula memang ada 'taste' punya orang sebab sudah beli 2 buah kereta resmi yang baru, Toyota Camry 2.4 dengan Toyota Fortuner,lebih kurang dalam 187 ribu ke 197 ribu ringgit. Kalau dia kata kereta tu beli sebab nak ganti kereta resmi yang ada yang dah tua dan selalu mogok, okey lahhh...kita terima !
Gurkah-gurkah politik di'port' pun hot bila dengar bonus yang dibayar kepada 'trustees' Yayasan Selangor dapat sampai 5 ribu ringgit, GM dia pula dapat sampai 11 ribu ringgit, tanpa kelulusan lembaga pengarah pulak tu!!
Masa bulan puasa dulu, atur satu function 'Buka Puasa' dengan kos 170 ribu!, 320 ribu ringgit pula sudah 'burn' buat belanja majlis Hari Raya.
Wow !!! ini betul-betul main duit ni...
Gurkah-gurkah politik di'port' pun tak pasti sama ada tuduhan-tuduhan dan duit-duit ini semuanya betul, atau ada sedikit betul atau tuduhan-tuduhan ini semua hanyalah satu spin oleh puak-puak umno atau blogger-blogger yang pro-umno, tetapi gurkah-gurkah politik di'port' dan rakyat nak juga satu jawapan.
Yayasan Selangor kena jawab benda ni, tak boleh lari, sebab Tuanku Sultan pun nampak macam dah dok start ushar!
Tau tau dapat berita, tengah malam semalam ACA/SPRM dah pun masuk daun.
dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com
dollah yankee -
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.