Followers

Tuesday, November 16, 2010

Bila SPRM nak siasat kes lombong pasir N.Sembilan? - Oleh: amkns

"Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan kerajaan Negeri Sembilan rugi dalam aktiviti pengambilan pasir hasil royalti pengambilan pasir yang berjumlah RM1.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 terpaksa digunakan untuk pemulihan alam sekitar. Jadi siapa yang untuk lombong pasir di N.Sembilan ni? Bila SPRM nak siasat kerugian besar ni? Dan siapa untung besar?

Berapa banyak wang digunakan untuk pulihkan alam sekitar ni? Dah pulih atau belum? Apa kena mengena dengan dakwaan Menteri Besar N.Sembilan beri wang pada Kelab Sukan SPRM seperti yang ditulis oleh Chegubard di pautan berikut

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/desak-ambil-tindakan-terhadap-sumbangan.html

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH, PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN DAN BADAN KAWAL SELIA AIR NEGERI SEMBILAN

3. PENGURUSAN AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN PENGAMBILAN PASIR SERTA KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR

3.1 LATAR BELAKANG

3.1.1 Pasir adalah butiran batu berdiameter daripada 0.0625mm hingga 2mm dan berwarna putih cerah. Pasir boleh berpindah akibat tiupan angin atau dibawa air sebelum berkumpul di muara sungai, tepi pantai, bukit kecil, tanjung, beting pasir di tengah laut, gurun dan kawasan berkaitan aliran air. Terdapat beberapa jenis pasir iaitu pasir sungai, pasir lombong, pasir laut dan pasir gurun. Pasir merupakan bahan utama dalam industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit dan jalanraya. Pasir juga digunakan untuk kerja tebus guna tanah. Sumber bekalan pasir yang paling banyak dan mudah di negara ini adalah dari dasar sungai.

3.1.2 Pengeluaran pasir merupakan salah satu sumber ekonomi kepada kerajaan Negeri Sembilan di mana pada tahun 2007 jumlah pengeluaran pasir adalah 186,880m3 dan meningkat kepada 193,228m3 pada tahun 2008. Ia terus meningkat kepada 317,792m3 pada tahun 2009. Negeri Sembilan telah mengutip sejumlah RM0.46 juta pada tahun 2007 hasil daripada sumber pengeluaran pasir melalui bayaran deposit dan royalti. Kutipan ini meningkat kepada RM0.58 juta pada tahun 2008 dan seterusnya meningkat kepada RM0.94 juta pada tahun 2009

3.1.3 Aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir dijalankan sama ada di atas tanah milik kerajaan atau tanah milik individu. Sepanjang tempoh dari tahun 2007 sehingga 2009, terdapat 239 pengusaha berlesen yang menjalankan kegiatan pengambilan pasir di Negeri Sembilan. Pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965, Akta Air 1920 (Pindaan 2007), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perlombongan 1959.

3.1.4 Pemberian permit untuk mengeluarkan pasir adalah di bawah tanggungjawab semua Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) berdasarkan kawasan pengambilan pasir yang dimohon. Permohonan perlu disertakan ulasan teknikal daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS), Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) Dan Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) untuk menilai kesesuaian pengambilan pasir dari segi kawasan, sumber dan potensi pencemaran kepada alam sekitar sebelum permohonan disemak oleh Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) dan dibawa untuk pertimbangan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

3.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir memberi kesan terhadap alam sekitar.

3.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN Pengauditan ini tertumpu kepada aktiviti pengambilan pasir sungai untuk tempoh tiga tahun (2007 hingga 2009). Pengauditan dijalankan di Daerah Seremban, Port Dickson dan Gemas yang melibatkan PDT dan JPSNS. Pengauditan ini dijalankan dengan cara menyemak fail, rekod dan dokumen serta temubual orang awam dan pegawai di jabatan yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti pengambilan pasir. Untuk menilai kesan alam sekitar dari aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir, pihak Audit merujuk kepada JASNS dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan bantuan khidmat kepakaran terutama terhadap impak kepada kualiti air.

Tumpuan juga dibuat terhadap aspek pemantauan aktiviti pengambilan pasir sungai di kawasan sungai yang mungkin memberi impak kepada alam sekitar seperti hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai, perubahan ke atas rejim sungai yang mengubah aliran air sungai dan impak kepada insfrastruktur dan utiliti. Beberapa siri lawatan juga dilakukan bersama pegawai jabatan ke kawasan pengambilan pasir dan lokasi di mana kesan daripada pengambilan pasir terhadap alam sekitar berlaku.

3.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2009 hingga Disember 2009 mendapati pada keseluruhannya pengurusan aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang bukan sahaja memberikan kesan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar malahan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan melalui hasil royalti pengambilan pasir yang berjumlah RM1.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 terpaksa digunakan untuk pemulihan alam sekitar.

Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:

penurunan kualiti air sungai, kemusnahan tebing sungai dan perubahan rejim sungai adalah kesan alam sekitar akibat daripada aktiviti pengambilan pasir;

kurang pemantauan oleh JPSNS terhadap pematuhan syarat pentadbiran dan teknikal pengambilan pasir; dan

• kurang koordinasi di antara PDT, PTGNS dan JPSNS dalam memastikan pengusaha pasir tidak merosakkan alam sekitar semasa aktiviti pengambilan pasir dilakukan

Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perenggan berikut:

3.4.1 Kesan Aktiviti Pengambilan Pasir Terhadap Alam Sekitar

JPSNS telah mengeluarkan Syarat-Syarat Pentadbiran dan Syarat-Syarat Teknikal Untuk Memproses Permohonan dan

Pemantauan Aktiviti Pengeluaran Pasir Sungai Di Negeri Sembilan pada 16 Julai 2008. Antara syarat-syarat teknikal pengambilan pasir adalah:

a) Pengusaha perlu mematuhi syarat penyediaan pelan kolam enapan yang menunjukkan tiga kolam enapan bersiri untuk mengawal kelodak cucian memasuki sungai dan kualiti air kolam enapan hendaklah ditentukan oleh standard JASNS;

b) Menetapkan pengusaha bertanggungjawab terhadap segala kerosakan tebing dan pencemaran akibat pengambilan pasir dan melapor kepada JPSNS;

c) Pelan keratan lintang yang menunjukkan aras dasar tebing serta rizab sungai yang disediakan oleh Juruperunding Profesional dan dihantar ke JPSNS sebelum kerja-kerja pengambilan pasir dijalankan; dan

d) Pengusaha tidak dibenarkan menyekat atau mengalih aliran sungai dan anak air yang terdapat di kawasan pengambilan pasir tanpa kebenaran JPSNS. Lawatan Audit ke tujuh lokasi pengambilan pasir di Sungai Linggi di Daerah Seremban dan Port Dickson, Sungai Batang Penar di Daerah Seremban dan Sungai Muar di Daerah Gemas mendapati perkara-perkara berikut :

i) Impak Kepada Kualiti Air Sungai

sebelum dilepaskan ke sungai dan berfungsi untuk mengawal kelodak cucian daripada memasuki sungai. Pengusaha perlu mengemukakan pelan kolam enapan bersiri seperti yang dikehendaki oleh JPSNS sebelum aktiviti mengambil pasir dijalankan. Kualiti air kolam enapan yang hendak dilepaskan ke sungai juga perlu ditentukan terlebih dahulu sama ada telah menepati standard JASNS seperti di Foto 3.1.

Perkara ini berlaku kerana kurangnya pemantauan serta penguatkuasaan oleh JPS dan PDT dalam menentukan syarat teknikal yang menghendaki pengusaha membina tiga kolam enapan bersiri dipatuhi. Pihak JASNS juga memaklumkan tiada tindakan oleh pengusaha untuk memastikan kualiti air dari kolam enapan yang hendak disalurkan ke sungai mengikut standard JASNS. Kesan daripada kolam enapan yang tidak mengikut syarat teknikal JPSNS telah mengakibatkan pencemaran dan penurunan kualiti air sungai di hilir kawasan pengambilan pasir.

Pengukuran tahap pencemaran air sungai bagi aktiviti pengambilan pasir perlu berada sekurang-kurangnya dalam Kelas III seperti di Jadual 3.1 dan Jadual 3.2.

Keputusan analisis Jabatan Kimia Malaysia berdasarkan Interim National Water Quality Standard for Malaysia (INWQS) dari pensampelan yang telah diambil oleh JASNS menunjukkan punca pelepasan air kolam enapan di tiga batang sungai tersebut mengandungi kepekatan pepejal terampai pada tahap tercemar iaitu kelas V seperti di Jadual 3.3.

1. Sungai Linggi Taman Angsamas, Kuala Sawah 5,800mg/L 28.10.2009 V Tercemar 2.

Sungai Muar Kampung Londah 2,400mg/L 13.11.2009 V Tercemar 3. Sungai Ngoi- Ngoi Kampung Pantai 1,655mg/L 29.12.2009 V Tercemar Hasil perbandingan ujian air sungai di hulu dan hilir pelepasan air cucian pasir seperti di Jadual

3.4 mendapati klasifikasi air sungai di tiga kawasan yang diuji menunjukkan penurunan kualiti air berdasarkan Indeks Kualiti Air Negara (IKAN).

Sungai Linggi berada pada tahap separa tercemar dengan penurunan kualiti air daripada IKAN 72 kepada IKAN 68, Sungai Ngoi-Ngoi walaupun berada pada tahap bersih tetapi menunjukkan penurunan kualiti air daripada IKAN 86 kepada IKAN 84 dan Sungai Muar pula berada pada tahap separa tercemar dengan mencatatkan penurunan IKAN 70 di hulu kepada IKAN 69 di hilir kawasan pengambilan pasir.

Ujian Punca Air Sungai Di Hulu Dan Hilir Tapak Projek Aktiviti Pengambilan Pasir

1. Sungai Linggi Taman Angsamas, Kuala Sawah 72 68 Separa Tercemar

2. Sungai Muar Kampung Londah 70 69 Separa Tercemar

3. Sungai Ngoi-Ngoi Kampung Pantai 86 84 Bersih

JPSNS memaklumkan akan memantau pengusaha supaya mengikut syarat yang dikeluarkan dan akan memaklumkan kepada PDT untuk mengambil tindakan memberhentikan sementara operasi pengeluaran pasir dan mengarahkan pengusaha membina semula kolam enapan bersiri mengikut syarat supaya dapat berfungsi dengan sempurna.

PDT Seremban, Port Dickson dan Gemas mengambil maklum mengenai perkara ini dan memandangkan aspek penyediaan kolam enapan adalah merupakan elemen teknikal yang melangkaui bidang dan keupayaan PDT, tindakan pemantauan secara kerap bersama JPSNS akan dilakukan supaya syarat teknikal dipatuhi oleh semua pengusaha pasir sebelum memulakan kerja.

Pihak JASNS melalui surat ASNB(B) 91/110/900/018(17) bertarikh 18 Mei 2010 memberi syor Pengusaha perlu mematuhi syarat penyediaan pelan kolam takungan mendapan bersiri untuk mengawal kelodakan cucian memasuki sungai dan sentiasa diselenggara untuk memastikan tahap keberkesanannya.

Had pelepasan daripada kolam tersebut hendaklah tidak melebihi status kualiti air sungai untuk lembangan sungai tersebut berdasarkan ‘Interim National Water Quality Standard for Malaysia’ (INWQS).

ii) Kerosakan Tebing Sunga Pengusaha adalah bertanggungjawab untuk melaporkan kepada JPSNS segala kerosakan tebing sungai akibat pengambilan pasir dan hendaklah membaikinya atas tanggungan sendiri. Pengorekan pasir secara terus pada tebing sungai adalah dilarang untuk memastikan kestabilan tebing terpelihara

Semakan Audit di Sungai Linggi, Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson mendapati tebing di sungai berkenaan mengalami keruntuhan akibat daripada aktiviti pengambilan pasir seperti di Foto 3.6 dan Foto 3.7.

PDT Port Dickson memaklumkan bahawa keruntuhan tebing berlaku kerana pengusaha menggunakan mesin untuk mengorek pasir di dasar dan tebing sungai. Namun begitu kaedah pengambilan pasir yang diamalkan sekarang adalah menggunakan pam yang dapat mengurangkan kerosakan tebing sungai.

JPSNS telah mengarahkan pengusaha membaiki semula tebing tetapi pengusaha gagal melaksanakannya dan deposit pengusaha akan dirampas untuk membaiki tebing yang rosak

iii) Aras Dasar Tebing Serta Rizab Sungai Terjejas Pengusaha dikehendaki menyediakan pelan sukat keratan lintang dan bujur setiap enam bulan sekali dan selepas operasi atau bila-bila masa yang dikehendaki oleh JPS bagi tujuan pemantauan.

Kerja sukat tersebut hendaklah disediakan oleh Juruukur Berlesen dan berdasarkan kepada Aras Ordinan Datum Jabatan Ukur. Semakan Audit mendapati pengusaha gagal menyedia dan mengemukakan pelan reka bentuk jajaran, keratan rentas dan memanjang sepanjang projek kepada JPSNS seperti yang dikehendaki dalam syarat teknikal JPSNS. Ini menyebabkan JPSNS sukar mengawal kerosakan tebing kerana tiada perbandingan yang dapat dibuat terhadap struktur tebing sebelum dan selepas aktiviti pengambilan pasir. Akibatnya kestabilan tanah dan tebing sungai terjejas dan berlakunya runtuhan tanah yang tidak terkawal.

Keadaan tebing yang runtuh akibat aktiviti perlombongan pasir juga telah menyebabkan kerosakan pada struktur hidrolik dan paip Indah Water Konsortium (IWK) seperti di Foto 3.8 dan Foto 3.9 JPSNS akan memastikan pengusaha yang diluluskan permit agar mematuhi syarat penyediaan Pelan Keratan Lintang dan Keratan Bujur.

iv) Impak Kepada Rejim Sungai

JPSNS hendaklah memastikan aktiviti pengambilan pasir tidak akan menyebabkan perubahan rejim sungai. Pengusaha tidak dibenarkan menyekat atau mengalih aliran sungai dan anak air yang terdapat di kawasan pengambilan pasir tanpa kebenaran JPSNS. Lawatan Audit ke Sungai Linggi pada 10 Ogos 2009 mendapati terdapat perubahan kepada rejim sungai di mana berlaku perubahan aliran air sungai, profil tebing dan sedimentation kesan daripada pengambilan pasir yang tidak terkawal. Terdapat pengusaha yang telah membina struktur merintangi sungai tanpa kebenaran JPSNS bagi tujuan mengumpulkan pasir seperti di Foto 3.10 hingga Foto 3.13. Akibatnya sungai menjadi statik dan perubahan struktur asal rejim sungai berlaku.

Semakan Audit terhadap pelan butiran dan keratan rentas yang disediakan oleh Juruukur Berlesen untuk kawasan pengambilan pasir sepanjang 350m di Sungai Linggi, Mukim Linggi, Daerah Port Dickson, mendapati berlaku perubahan profil tebing sungai di bahagian CH750 hingga CH800 di mana sungai menjadi lebar iaitu 58.92 meter berbanding lebar asal 25.90 meter seperti di Jadual 3.5.

Analisis perubahan kelebaran sungai pada CH750 bagi tahun 2008 dan 2009 dapat dilihat di Foto 3.14 dan Foto 3.15 yang menunjukkan lebar sungai pada tahun 2008 iaitu sebelum aktiviti pengambilan pasir dijalankan adalah 25.90 meter pada CH750 dan 23.34m pada CH800. Namun begitu, ia menjadi 58.92 meter lebar pada CH750 dan 60.30m pada CH800 bagi tahun 2009 iaitu selepas aktiviti pengambilan pasir dijalankan di kawasan tersebut.

Akibatnya rejim asal sungai telah berubah dan rizab tebing asal telah menjadi sungai. Ini menyebabkan penyenggaraan tebing tidak dapat dilakukan oleh JPSNS.

Aktiviti pengorekan pasir boleh mengakibatkan hakisan di tebing sungai dan runtuhan tanah ke dalam sungai yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemendapan tanah di kawasan pengambilan pasir seperti di Foto 3.16 dan Foto 3.17. Pemendapan tanah akan mengganggu arah aliran air sungai di mana air sungai tidak dapat mengalir mengikut kelazimannya kerana terdapat halangan seperti tanah dan pasir yang menyekat laluan air

JPSNS memaklumkan pemantauan syarat teknikal dilaksanakan oleh juruteknik JPSNS di peringkat daerah. Tindakan akan diambil untuk memastikan syarat teknikal dipatuhi dan seterusnya akan melaporkan kepada agensi yang boleh mengambil tindakan ke atas perkara yang di luar bidang JPSNS.

Pada pendapat Audit, pematuhan kepada syarat pentadbiran dan teknikal pengambilan pasir oleh pengusaha adalah tidak memuaskan dan kurang pemantauan oleh JPSNS. Ini menyebabkan kualiti air sungai menurun pada tahap tercemar, kerosakan tebing sungai, aras dasar tebing serta rizab sungai terjejas dan memberi impak kepada rejim sungai.

3.4.2 Pengambilan Pasir Tanpa Permit Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 menetapkan kuasa untuk mengeluarkan permit bagi tujuan mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan dari tanah kerajaan adalah kepada Pentadbir Tanah. KTN melalui peruntukan seksyen 429B (1) dan (2) telah memberi kuasa kepada Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) atau Pentadbir Tanah Daerah (PDT) untuk mengenakan kompaun kepada kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri. Semakan Audit terhadap kawasan yang terlibat dengan aduan pengambilan pasir tanpa permit di PDT Seremban adalah seperti di Jadual 3.6

Senarai Kawasan Yang Terlibat Dengan Pengambilan Pasir Tanpa Permit Negeri Sembilan Bagi Tempoh Tahun 2007 Hingga Tahun 2009 Bil. Tarikh Aduan Tempat/ Daerah 1. 18.6.2009 Kg. Ulu, Mukim Rantau, Daerah Seremban. 2. 8.5.2009 Kg. Pasir Tengah, Siliau, Seremban 3. 23.2.2009 Sungai Kepayang, Daerah Seremban 4. 20.1.2009 Kg. Seri Lalang Simin, Mukim Rantau, Daerah Seremban. 5. 9.12.2008 Sg. Chelet Kg. Bukit Kadir Nilai, Daerah Seremban

1.12.2008 Sungai Jimah, Kg. Jimah, Daerah Port Dickson 7. 9.9.2008 Sg. Batang Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban. 8. 22.9.2008 Sg. Batang Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban. 9. 23.4.2008 Sungai Pajam, Mantin, Seremban 10. 19.10.2007 Sungai Linggi, Daerah Seremban. 11. 9.5.2007 Jalan Labu, Daerah Seremban

12. 21.2.2007 Kg. Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban Pengambilan pasir tanpa permit akan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri kerana hasil royalti daripada pengeluaran pasir yang tidak dapat dikutip dan tiada pihak yang akan bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat aktiviti yang telah dijalankan. Foto 3.18 menunjukkan antara kawasan pencerobohan aktiviti pengambilan pasir.

Bagaimanapun, pihak JASNS, PDT dan JPSNS telah mengambil tindakan terhadap aduan-aduan orang awam. Di antara tindakan yang telah diambil adalah seperti di Jadual 3.7. Pada pendapat Audit, aduan aktiviti pengambilan pasir tanpa permit telah diambil tindakan sewajarnya oleh JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT. 3.4.3 Pemantauan Dan Penguatkuasaan Alam Sekitar Berhubung Aktiviti Pengambilan Pasir Aktiviti pengambilan pasir hendaklah dipantau dan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada serta peraturan yang berhubungkait dengan aktiviti pengambilan pasir perlu dilaksanakan untuk pemeliharaan alam sekitar. Program penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh PTGNS, PDT, JPSNS, JASNS dan Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSANS) adalah seperti di Jadual 3.8.

6. Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan Berdasarkan aduan

Hasil daripada pemeriksaan dan lawatan Audit ke atas pihak yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang berkenaan dengan pengambilan pasir ini mendapati:

a) Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan

Akta Air 1920 (Pindaan 2007) adalah di bawah BKSANS yang berfungsi untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan dengan berkesan terhadap pencemaran sumber air mentah, memantau dan menguruskan aduan awam serta hal pindaan, penggubalan yang berkaitan dengan perundangan di bawah Akta Air. Antara peruntukan di bawah Akta Air yang membolehkan tindakan perundangan diambil oleh BKSANS ke atas kerosakan alam sekitar adalah seperti berikut :

Section 4 Restoration of river banks.

Section 5 Prohibition of acts affecting rivers, except under license.

Section 7 Prohibition of diversion or abstraction of water from rivers, except under license. >Section 7A Prohibition of pollutions of rivers.

Section 16 Power to put a stop to and remedy illegal acts.

Semakan Audit mendapati penguatkuasaan terhadap seksyen dalam Akta Air belum dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan kerana pengisian perjawatan bagi Unit Perundangan dan Penguatkuasa BKSANS belum dilaksanakan. Setakat 5 Ogos 2009, BKSANS hanya mempunyai tujuh pegawai berbanding dengan 26 pegawai sebagaimana yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) pada Julai 2009. Kesannya, aktiviti penguatkuasaan ke atas Akta Air yang telah berkuatkuasa tidak dapat dilaksanakan dan Unit Perundangan dan Penguatkuasa BKSANS tidak dapat berfungsi sepertimana yang telah ditetapkan.

Maklumbalas daripada BKSANS menyatakan bahawa penguatkuasaan belum dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana peraturan kawalan pencemaran sedang dirangka dan belum diwartakan bagi pencemaran-pencemaran yang memerlukan pembuktian secara saintifik. Satu persetujuan telah dicapai dengan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengadakan Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air di Negeri Sembilan.

Jawatankuasa ini akan membincangkan mekanisme yang berkesan untuk melindungi sumber air dan akan dihadiri oleh Jabatan dan Agensi yang mempunyai kaitan dengan air. Sementara Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air Negeri Sembilan telah dibentuk dengan mesyuarat pertama pada 22 Julai 2010 bagi membincangkan isu pencemaran sungai.

Melalui jawatankuasa Pengurusan Sumber Air, Jawatankuasa Kerja Kawalan Pencemaran Negeri Sembilan telah dibentuk untuk menangani isu kualiti air mentah termasuklah pencemaran disebabkan oleh perlombongan pasir. Pada pendapat Audit, Kerajaan Negeri melalui BKSANS perlu segera memperkasakan keupayaannya untuk mengelakkan lebih banyak lagi kes pencemaran sumber air mentah.

b) Perjanjian Pengambilan Pasir Tidak Ditandatangani Mengikut Garis Panduan untuk memproses permohonan dan menetapkan syarat-syarat pengambilan pasir sungai, pengusaha adalah dikehendaki menandatangani surat perjanjian bersetuju untuk mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan kepadanya sebelum pembayaran deposit dijelaskan.

Semakan Audit mendapati kesemua pengusaha di tujuh lokasi pengambilan pasir tidak menandatangani perjanjian dengan pihak JPSNS. Akibatnya, sebarang kerosakan seperti tebing runtuh akibat daripada kualiti kerja yang tidak sempurna tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada pengusaha.

Tanpa perjanjian rasmi, JPSNS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pengusaha yang telah melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan. JPSNS dalam maklumbalasnya menyatakan sedang menyediakan draf perjanjian untuk disemak oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dan akan digunapakai selepas diluluskan.

Pada pendapat Audit, walaupun JPSNS tidak diberi kuasa perundangan untuk menarik balik atau menggantung permit namun melalui penguatkuasaan surat perjanjian tersebut ia telah memberi hak dan kuasa kepada JPSNS untuk bertindak berdasarkan perjanjian.

c) Aduan Dan Laporan Media Mengenai Pencemaran Yang Berpunca Daripada Aktiviti Pengambilan Pasir JPSNS, JASNS dan PDT adalah agensi yang kerap menerima aduan mengenai kemusnahan, kerosakan dan pencemaran akibat daripada aktiviti pengambilan pasir. Semakan Audit mendapati terdapat aduan daripada orang awam dan agensi kerajaan mengenai pencemaran yang disebabkan aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan.

Antara aduan yang diterima dan laporan media adalah seperti di Foto 3.19 hingga Foto 3.24.

Aduan yang diterima oleh JPSNS dan JASNS dan laporan media mendapati beberapa aduan seperti kekeruhan air sungai, pencemaran kelodak dan hakisan tebing telah berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan yang diakibatkan oleh pengambilan pasir. Pada pendapat Audit, aduan dan laporan media mengenai pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pengambilan pasir didapati telah diambil tindakan sewajarnya oleh JPSNS, JASNS dan PDT.

3.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, pengurusan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Perkara ini berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan dan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan serta pemantauan yang kurang

Sehubungan dengan itu disyorkan supaya perkara berikut diberi perhatian oleh JPSNS, JASNS, PDT, PTGNS dan BKSANS untuk penambahbaikan terhadap pengurusan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan

Pemantauan dan penguatkuasaan perlu dijalankan oleh JPSNS, PTGNS dan PDT di kawasan pengambilan pasir dengan lebih efektif untuk membendung pencemaran alam sekitar.

Semua pihak perlu memastikan tiada kelewatan bertindak terhadap pengusaha yang menyebabkan kemusnahan dan pencemaran.

b) JASNS perlu dimaklumkan oleh PDT atau PTGNS mengenai pengusaha yang telah diberi permit untuk tujuan penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu bersama agensi berkaitan bagi memastikan isu pencemaran sumber air dan masalah berkaitan kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh perlombongan dan pengambilan pasir dapat dipantau.

Ini memandangkan jadual program penguatkuasaan tahunan JASNS adalah bagi premis dan aktiviti di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penialaian Kesan Kepada Kualiti Alam Sekeliling) 1987 dan lain-lain peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

c) Koordinasi antara JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT untuk bertindak dalam menangani masalah aktiviti pengambilan pasir tanpa permit perlu dipertingkatkan.

d) BKSANS melalui bidang kuasanya perlu melaksanakan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) antaranya dengan melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air mentah, memantau dan menguruskan aduan awam

e) Pengisian perjawatan BKSANS perlu diisi sepenuhnya agar ia dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif penubuhannya. Selain itu, bagi memantapkan lagi operasi penguatkuasa perundangan, BKSANS perlu memastikan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) yang sekian lama berkuatkuasa dipraktikkan dengan membuat perancangan bersepadu dengan Agensi Kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan dalam merangka peraturan yang berkaitan.

Kerjasama dengan perunding alam sekitar, badan profesional dan pertubuhan bukan Kerajaan yang terlibat dengan alam sekitar adalah diperlukan.

Bagi melindungi kepentingan Kerajaan, JPSNS perlu memastikan surat perjanjian dipatuhi seperti di dalam Syarat Pentadbiran Pengambilan Pasir. Selain itu, bagi memastikan surat perjanjian yang lengkap, teratur dan menepati kehendak perundangan maka ia hendaklah dikemukakan kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk semakan dan kelulusan. Selain itu, koordinasi antara JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT dalam bertindak untuk memastikan syarat perjanjian dipatuhi seperti di dalam surat perjanjian peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dipatuhi pengusaha sebelum dan semasa aktiviti pengambilan pasir dijalankan perlu dipertingkatkan.

sumber: tranungkite Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.