“SEMUA sedar bahawa orang yang paling berpengaruh dalam PKR ialah Anwar dengan jawatannya sebagai Ketua Umum. Tetapi jawatan ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana dalam mana-mana parti, strukturnya adalah jelas dengan Presiden yang mempunyai kuasa.
“Apa yang menghairankan, bilakah wujudnya jawatan ini atau siapa yang melantik dia (Anwar).
Demikian antara komen bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar dalam kenyataan eksklusif kepada umno-online yang mempersoalkan bagaimana Anwar Ibrahim yang tidak dipilih secara terbuka boleh menjadi pemimpin tertinggi dalam parti itu.
Tambahnya, apa yang berlaku itu jelas membuktikan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang demokratik sebagaimana yang selalu disebutnya.
Bekas Tim. Presiden PKR |
Dr. Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just) ialah antara pengasas awal PKR bersama-sama dengan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 1999.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, setiap parti mesti mempunyai susun lapis sendiri yang terdiri daripada presiden di peringkat tertinggi diikuti oleh timbalan, setiausaha agung dan seterusnya ke jawatan-jawatan lain.
“Semasa saya berada dalam PKR, tidak wujud jawatan Ketua Umum sama ada dalam perlembagaan parti atau mana-mana struktur organisasinya.
Bagaimana proses pelantikan dibuat dan bagaimana dia boleh menduduki jawatan ini dan berkuasa lebih daripada Presiden?” katanya.
Tambah beliau, jawatan Ketua Umum tidak sepatutnya wujud dalam mana-mana parti politik atau pentadbiran organisasi kerana biasanya pengurusan akan dilakukan secara terus oleh presiden.
“Presiden yang mempunyai kuasa penuh dengan dibantu oleh barisan kepimpinannya,” kata beliau yang pernah terlibat secara langsung dalam menggubal draf falsafah penubuhan PKR.
SATU MELAYU: Kredibiliti Anwar Ibrahim semakin tercabar. Ramai tokoh yang jadi bekas sahabat, rakan dan taulannya silih berganti menghentamnya dengan pelbagai dakwaan yang mendedahkan pelbagai kesalahan, kesilapan dan kelemahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Secara tidak langsung, dakwaan Anwar selama ini bahawa kes liwatnya (pertama dan kedua) adalah ‘konspirasi politik’ telah diterima umum sebagai tidak benar. Ramai yang mula benci dengannya dan tidak kurang pula yang kecewa dan marah.
Tidak syak lagi, krisis proses pemilihan pimpinan PKR dan tindakan melambat-lambatkan kes liwatnya di mahkamah, membuatkan ramai orang mula ‘membuka mata’.
Bila seseorang bekas sahabat atau tokoh ahli PKR bersuara, maka akan ada yang lain mengikutinya dengan kenyataan dan komen yang pedas, pedih dan tidak menyenangkan Anwar Ibrahim. Dan bilangan mereka pula agak ramai juga. Maka tidak berhentilah rakyat mendapat pendedahan demi pendedahan.
Begitulah nasib seorang tokoh pemimpin yang ‘degil’, ‘keras hati’ dan ‘tidak mahu mengenal diri sendiri’.
Yang lebih terserlah daripada pelbagai pendedahan itu ialah betapa si Anwar ini adalah seorang ‘kaki kelentong’ yang suka membelakangkan kawan dan sahabat, setelah dia berjaya atau selepas mereka dipergunakan sebelumnya.
Apa yang Muzafar tahu dalam perlantikan DSAI sebagai Ketua Umum PKR, dia tidak berhak bertanya dalaman PKR, saya sendiri hadir di Waktu Perwakilan di Seremban pada masa itu Ahli Majlis Tertinggi PKR yang melantik DSAI sebagai Ketua Umum PKR, Kalau dah jadi KAYAK jangan cuba buka mulut untuk menegur dalaman PKR, Awak ingat Awak bijak kah MUZAFAR. KATAK
ReplyDelete