Followers

Tuesday, November 16, 2010

Amaran untuk siswa sertai jamuan kek anti-menara

Kumpulan maya menentang pembinaan menara 100 tingkat hari ini meraikan ulang tahun sebulan dengan mengundang penyokongnya menyertai jamuan kek di pelbagai tempat di seluruh negara.

Bagaimanapun, 'parti kek' di Kampar mendapat amaran daripada pusat pengajian yang diasaskan MCA Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) supaya mahasiswanya tidak menyertai program itu.

Naib Presiden Teh Chee Seng mendakwa di laman Facebook, jamuan yang dirancang di McDonald Kampar pada jam 8 malam ini sebagai "perhimpunan haram".

"Sila ambil perhatian, ia adalah perhimpunan haram dan pihak polis akan membawa pihak terbabit ke balai polis untuk disoal-siasat," katanya.

Teh mendakwa, beliau telah cuba menghubungi penganjurnya tetapi gagal.

Sehubungan itu, beliau menulis di Facebook bagi memaklumkan penganjur supaya menghubunginya.

Mengulas komen daripada mahasiswa, Teh menjelaskan bahawa "berhimpun lebih daripada lima orang di kawasan awam dengan 'niat tertentu' adalah tidak dibenarkan."

Beliau juga memberikan amaran: "Jangan pergi sana. Polis ada di sana."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.