Followers

Friday, November 12, 2010

Eee...Mengarut Juga - Oleh Lan Iisma


Kerajaan negeri Selangor mengesahkan akan memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Hamidah Mat Som yang terlibat dengan kontroversi surat sokongan untuk perniagaan syarikat milik suaminya.

Eloklah, siapa yang membuat serabut, buat onar tak tentu pasal, pecat ajelah. Biar mereka yang teringin membuat perkara yang sama terkesan sedikit. Biarlah kalau pun orang nampak PKR juga berserabut sekarang dengan Zaid, ketelusan perlu dipertahankan.

Bukan satu tapi empat surat sokongan yang Hamidah keluarkan. Bagaimana nak bercerita tentang ketelusan kalau begini caranya. Itu Ketua Wanita Negeri tu, bagaimana teladan yang mahu ditunjukkan. Elok tukar juga jawatannya.

Nak kena berhati-hatilah, bukannya berhati-hati tentang benda karut yang dibuat, tapi berhati-hatilah jangan terlibat dengan perkara sebegitu. Baru betul, tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.