Followers

Saturday, November 6, 2010

Cacar Sebab Nafikan Hak Royalti Kelantan? Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh

Betul atau tidak itu kita tidak tahu sama ada munajat rakyat Kelantan atau secara kebetulan mengenai masalah yang dihadapi oleh Perdana Menteri yang sudah beberapa hari dimasukkan ke hospital kerana cacar. Ini boleh menimbulkan spekulasi buruk terhadap perdana menteri sekiranya kerajaan tidak berterus terang mengenai masalah kesihatan beliau.

Sebelum ini perdana menteri telah dimasukkan ke hospital akibat cacar namun telah keluar beberapa hari kemudian dan tiba-tiba dimasukkan ke hospital untuk kali kedua. Pihak kerajaan sepatutnya menjelaskan keadaan sebebnar untuk mengelakkan sebarang khabar angin yang boleh menjejaskan reputasi sebagai seorang perdana menteri.

Isnin lalu, Najib dilaporkan mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.

Presiden Umno itu dilaporkan mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.