Followers

Tuesday, October 12, 2010

SPR HARUS BUKTIKAN YANG MEREKA BUKAN BALACI UMNO !

Kalau Benar SPR Bukan Kuda UMNO, Sila Buat PRK Batu Sapi Pada Tarikh Berbeza Dengan PRK Galas

SPR dilaporkan akan bermesyuarat jumaat ini untuk tentukan tarikh PRK Batu Sapi, sama ada nak disekalikan dengan PRK Galas atau tak? Jika disekalikan, nampak sangat SPR kuda kepang BN. Sebab nak pecahkan pemimpin PR untuk fokus pada dua tempat. Macam yang dibuat di PRK Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang.

Kalau benar SPR bukan kuda kepang BN. Tolonglah buat prk batu sapi pada tarikh yang lain. Lagipun tempoh untuk buat prk masih panjang lagi. Iaitu kira-kira 4 bulan sebelum tamat pada 8 Mac 2011.

Batu Sapi: SPR bermesyuarat Jumaat ini

KOTA KINABALU 11 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan Pilihan Raya kecil Parlimen Batu Sapi ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah.

Pengarah SPR negeri, Mohd. Idrus Ismail berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

"Saya sendiri akan hadir pada mesyuarat itu bagi membincangkan proses pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi termasuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi perlu diadakan selepas kematian Edmund kelmarin.

Edmund yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat

dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Coastel Tanjung Aru-Kota Kinabalu di sini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Edmund yang juga Ketua PBS Elopura, menang kerusi Parlimen tersebut setelah menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Beliau memperoleh 9,479 undi manakala Kwong Wing mendapat 5,771 undi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.