Followers

Friday, October 15, 2010

Pembelian EMU Diteruskan Walaupun Masih Dalam Siasatan SPRM ??

KUALA LUMPUR OKT : Putrajaya tetap meneruskan pembelian kontroversi Tren Elektrik bernilai RM1.8 bilion dari Cina walaupun kontrak pembelian tersebut diselubungi dengan siasatan rasuah yang sedang lakukan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) menggesahkan bahawa pembelian kontroversi tersebut akan tetap dibuat meskipun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam keputusan mesyuarat yang diadakan 27 Julai lalu berasa puashati bahawa wujud alasan untuk disiasat wujudnya amalan rasuah.

PAC seterusnya telah meminta secara rasmi Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) menjalankan siasatan rasuah keatas pembelian tren elektrik tersebut.

Kong, dalam jawapan bertulisnya memberi alasan bahawa pembelian tersebut diteruskan memandangkan Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan surat tawaran (LOA) kepada syarikat dari Cina, Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd untuk membeli 38 unit enam koc Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM48 juta sebuah.

Dzulkefly menyifatkan alasan kementerian berkenaan sebagai lemah dan memalukan sambil menambah LOA yang sudah dikeluarkan tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan.

Beliau seterusnya mengingatkan kerajaan satu insiden lain apabila kerajaan membatalkan pembelian lapan tren berenjin disel dari Spain untuk digunakan dalam perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) walaupun LOA mengenainya sudah dikeluarkan.

"Pembelian itu dibatalkan walaupun perjanjian sudah ditandatangani dan mantan Menteri Pengangkutan pada ketika itu juga mengalu-alukan tindakan PAC menjalankan siasatan terperinci mengenai pembatalan pembelian tersebut.

"Kita juga ingin mengingatkan projek dwi landasan elektrik Ipoh -Padang Besar dan Seremban - Johor Bahru yang diluluskan oleh Tun Dr Mahathir tetapi dibatalkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya dalam sadu sidang media di Parlimen tengahari tadi.

Menurutnya, banyak projek lain yang boleh diberikan sebagai contoh sekaligus menjadikan alasan yang diberikan oleh Kementerian Pengangkutan untuk meneruskan pembelian 38 unit EMU dari Zhuzhou sebagai tidak munasabah.

Dzulkefly menegaskan, kerajaan akan membelanja tambahan RM500juta wang rakyat jika pembelian tersebut diteruskan dan menambah beliau dimaklumkan bahawa ketika kerajaan dalam keadaan tergesa-gesa mahu membeli EMU berkenaan untuk mengatasi kelemahan sistem pengangkutan awam negara, KTMB belum lagi menyelesaikan skop kerja dalam perjanjian dengan pembekal, terutamanya sistem perlindungan automasi (ATP)

Beliau menambah Zhuzhou juga dikatakan kini meminta ppembayaran lebih bagi sistem berkenaan malah mahu memanjangkan lagi tempoh penghantaran 24 bulan sedia ada.

“SPRM dilaporkan telah memulakan penyiasatan seperti diarahkan oleh PAC tetapi sehingga kini tiada maklumbalas atau maklumat terkini," tambah beliau lagi

Dzulkefly seterusnya menegaskan bahawa adalah penting Kementerian Pengangkutan dan juga Kementerian Kewangan tidak memperbodohkan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.