16 October 2010 by BLOGMASTERS : Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2011 semalam.
"Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.
Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya.
Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.
Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015.
Projek berkenaan adalah sebahagian daripada tiga projek pembinaan mega yang diumumkannya.
sumber : mutaligat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.