Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi keadaan ini adalah amat menyedihkan kerana Sarawak dasar pemimpin BN yang lebih mementingkan diri sendiri, keluarga dan kroni menyebabkan pengagihan kekayaan hanya berlegar dikalangan segelintir golongan elit.
"Sarawak tersangat kaya apatah lagi buminya melimpah ruah dengan minyak dan gas. Sepatutnya negeri ini sudah menjadi negeri yang paling kaya di dalan Persekutuan Malaysia tetapi malangnya ia menjadi negeri keempat termiskin.
"Lebih 100,000 rakyat Sarawak mencari rezeki Kuala Lumpur dan Selangor, 30,000 di Johor manakala lebih 40,000 di Pulau Pinang. Mereka terpaksa merantau jauh dari kampung halaman mereka kerana BN yang diamanahkan mentadbir negeri ini selama hampir 50 tahun telah gagal berbuat demikian," kata beliau pada perjumpaan dengan lebih 70 anggota KEADILAN dari Miri, Baram dan Sibuti.
Sehubungan itu Dr Tan membuat perbandingan antara Malaysia dengan Taiwan dari segi kejayaan ekonomi di mana negera pulau jauh lebih kaya dan maju dari negara ini.
Malaysia mempunyai kelebihan yang mana penduduknya lebih ramai sebanyak 28 juta berbanding 23 juta bagi Taiwan.
Keluasan negara ini adalah hampir 10 kali ganda daripada pulau tersebut dan malah Malaysia beruntung kerana mempunyai tanah yang landai berbeza dengan Taiwan di mana 60 peratus permukaannya adalah gunung ganang dan hanya 40 peratus sesuai untuk diduduki.
Namun kata mantan Ahli Parlimen Segambut itu, perbezaan itu terhenti di situ kerana walaupun bersaiz kecil ekonomi jauh lebih hebat.
"Di Taiwan hanya 40 peratus tanahnya boleh digunakan untuk pertanian dan penempatan berbanding di Malaysia lebih dua juta ekar terbiar.
"Rizab asing Taiwan adalah keempat terbesar didunia mengalahkan rizab Singapura. Malah lebih hevat daripada itu Taiwan tidak ada hutang luar satu sen pun tetapi Malaysia mempunyai hutang luar lebih RM380 bilion.
"Kita berbelanja membeli peralatan tentera lebih RM180 bilion sejak 10 lalu. Yang peliknya sebegitu banyak peralatan dibeli dengan siapa kita hendak berperang dan adakah rantau ini dalam konflik atau peperangan? Ini semua adalah kerana kerajaan umno-BN adalah sebuah kerajaan yang korup, sebab itu kita jauh ketinggalan dibandingkan dengan sebuah pulau kecil bernama Taiwan," tegas beliau.
Oleh kerana itu, tambah Dr Tan, maka adalah penting rakyat Sarawak memastikan pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti Pakatan Rakyat dapat menubuhkan kerajaan pusat yang baru.
Hanya dengan kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Rakyat nasib rakyat Sarawak dapat berubah kepada keadaan yang jauh lebih baik di mana hak rakyat akan dihormati dan pengagihan kekayaan akan lebih adil dan saksama.
"Tidak cukup untuk Pakatan Rakyat menang dan tunuh kerajaan negeri di Sarawak tetapi rakyat negeri ini dan lain-lain negeri di seluruh negara juga mesti berjuang untuk menumbang di peringkat pusat.
"Ini kerana keuasa kerajaan negeri adalah amat terhad. Semua kuasa terutamanya kuasa berhubung kewangan, dasar sosial, keagamaan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya terletak ditangan kerajaan pusat. Kalau kita tidak tukar kerajaan pusat tidak banyak yang boleh kita lakukan di peringkat negeri," jelas Dr Tan lagi.
Posted by admin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.