Followers

Friday, October 15, 2010

KWSP BERSAMA KHAZANAH NASIONAL Beli PLUS DENGAN HARGA RM23 bilion ??

KUALA LUMPUR 15 OKT— Dua dana kerajaan Malaysia akan membeli operator lebuh raya utara-selatan, PLUS Expressways membabitkan urus niaga bernilai RM23 bilion, lapor akhbar bisnes Edge hari ini.

Menurut laporan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti PLUS pada harga RM4.60 sesaham.

KWSP sudah pun memiliki 12.3 peratus saham dalam PLUS manakala Khazanah pula 55.2 peratus.

Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan PLUS tidak dapat dihubungi untuk reaksi awal. Urus niaga saham PLUS di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.