CPI selar PERKASA kerana serang kolumnisnya
Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Lim Teck Ghee mempertahankan bahawa seorang penulis blognya Helen Ang tidak mengaitkan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu dalam tulisannya yang disiarkan laman web pusat kajian itu.
"CPI ingin mengulangi pendirian bahawa pusat ini menyokong penuh hak kolumnis dan penyumbang untuk menulis dengan kritis dan tanpa ketakutan dalam perkara berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata demikian ketika mempertahankan tulisan Ang yang disiarkan di laman web CPI itu -- menyebabkan laporan polis dibuat ke atas penulis berkenan pada 10 Ogos lalu.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang mahu Ang disiasat mengikut Akta Hasutan ataupun ISA.
Ang didakwa telah memburuk-burukkan Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan mempertikaikan kuasa baginda, dakwa PERKASA dalam laporan yang dibuat oleh ketua pemudanya Arman Azha Abu Hanifah.
Bagaimanapun, Lim berkata beliau tidak mengetahui bagaimana PERKASA dapat membuat kesimpulan demikian dalam aduannya.
Tambahnya, Utusan Malaysia dan akhbar Melayu lain juga menyiarkan "dakwaan liar" terhadap Ang, yang juga merupakan seorang kolumnis Malaysiakini.
"Terbuktilah PERKASA dan penyokong mereka dalam media dikuasai Umno melihat ancaman kepada Islam dan hak Melayu itu (berada) di mana-mana," katanya lagi.
Tamba
hnya, PERKASA juga cenderung untuk mengapi-apikan sentimen kaum dan keagamaan daripada mendepani penulis dengan hujah mereka.
"Malah, tindakan untuk membuat laporan polis juga bertujuan menakut-nakutkan Ang dan penulis lain daripada menjalankan hak mereka untuk bersuara.
"Kecenderungan PERKASA dan pengikutnya jelas untuk menggunakan instrumen kerajaan untuk mengharamkan pandangan berbeza dalam isu negara yang diperikaikan," katanya lagi.
Lim berkata demikian ketika mempertahankan tulisan Ang yang disiarkan di laman web CPI itu -- menyebabkan laporan polis dibuat ke atas penulis berkenan pada 10 Ogos lalu.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang mahu Ang disiasat mengikut Akta Hasutan ataupun ISA.
Ang didakwa telah memburuk-burukkan Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan mempertikaikan kuasa baginda, dakwa PERKASA dalam laporan yang dibuat oleh ketua pemudanya Arman Azha Abu Hanifah.
Tambahnya, Utusan Malaysia dan akhbar Melayu lain juga menyiarkan "dakwaan liar" terhadap Ang, yang juga merupakan seorang kolumnis Malaysiakini.
"Terbuktilah PERKASA dan penyokong mereka dalam media dikuasai Umno melihat ancaman kepada Islam dan hak Melayu itu (berada) di mana-mana," katanya lagi.
Tamba
"Malah, tindakan untuk membuat laporan polis juga bertujuan menakut-nakutkan Ang dan penulis lain daripada menjalankan hak mereka untuk bersuara.
"Kecenderungan PERKASA dan pengikutnya jelas untuk menggunakan instrumen kerajaan untuk mengharamkan pandangan berbeza dalam isu negara yang diperikaikan," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.