Followers

Monday, August 16, 2010

Itulah dia wajah Ezam, Mujtahid Umno ?


Wajah Ezam - Saya bersumpah, saya masuk Umno bukan kerana politik. Saya bersumpah, segala sumpah saya yang lepas lepas di luar Umno tak boleh pakai. Saya bersumpah, sumpah saya kali ni memang terpakai...

Siapa 'Mujtahid' Umno ?

Oleh: WFAUZDIN NSSAYA tertarik dengan tulisan MSO di sini, yang mendedahkan SMS raja sesumpah Ezam kepadanya berkaitan dakwaan Ezam terhadap DS Wan Azizah. Di antara lain di dalam SMS raja sesumpah Ezam kepada MSO beliau menyebut bahawa beliau melakukan semuanya terhadap DS Anwar dan DS Wan Azizah adalah kerana agama bukannya kerana politik. Anda jangan tertawa.

Anggaplah kita percaya kepada mamat sesumpah ini bahawa;Ezam masuk Umno kerana agama bukan politik.

  • Ezam menentang PAS dan pemimpin PAS juga kerana agama bukan politik.
  • Ezam sokong Najib dan Rosmah adalah kerana agama bukan politik.
  • Ezam berceramah di atas pentas politik Umno juga kerana agama bukan politik.
  • Ezam menerima lantikan Senator tanpa bertanding apa-apa pun kerana agama bukan politik.
  • Ezam bersubahat dengan Umno yang bersekutu dengan APCO, Umno yang menghalalkan Akta ISA juga kerana agama bukan politik.
  • Bersekutu dengan Khir Toyo dan Noh Omar untuk meruntuhkan Kerajaan PR Selangor juga demi agama.
  • Mempercayai Saiful Bukhari juga kerana agama.
  • Melibatkan bondanya di dalam tuduhan ke atas DS Wan Azizah juga kerana agama.
  • Menuduh YB Azmin dayus juga kerana agama.
  • Dan....dan....bersumpah dan langgar sumpah juga kerana agama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.