Followers

Sunday, July 18, 2010

UMNO Pahang Rakus Rampas Tanah Rakyat Sendiri

Jom Kongsi Artikel Ini17

Tu lah sape suruh undi umno..kan dah susah..dah la barang naik, tanah pun nak digadai pula..

'Tolong jangan ambil tanah kami'

JERANTUT 17 Julai - Seramai 161 petani menggesa Kerajaan Pahang tidak melayan permohonan sebuah syarikat terhadap tanah seluas 200 hektar di empat kampung dekat sini yang kini diusahakan oleh mereka dengan pelbagai projek pertanian.

Mereka mendakwa, jika tanah itu diserahkan kepada syarikat terbabit, ia akan menjejaskan masa depan kesemua petani terbabit yang selama ini bergantung hidup dengan aktiviti pertanian di kawasan itu.

Empat kawasan berkenaan adalah di Kampung Sungai Lekuk, Kampung Sungai Par, Kampung Sungai Par Hulu dan Kampung Mat Kilau.

Ketua Kampung Mat Kilau, Ahmad Anuar Awang Chik, 55, berkata, tindakan syarikat berkenaan mengancam kehidupan petani yang selama ini mengusahakan tanah itu.

Katanya, para petani yang sebahagian orang Melayu tidak akan mempunyai pendapatan tetap jika tanah itu diserahkan kepada syarikat terbabit.

''Seandainya perkara ini dibincangkan di peringkat pentadbiran daerah, maka tidak berlaku permohonan berlapis atau bertindan kerana semua pihak tahu mengenai status pemilikan sementara tanah berkenaan yang kebanyakannya diusahakan orang Melayu," katanya.

Ahmad Anuar berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai penduduk yang membantah penyerahan tanah kepada sebuah syarikat di Kampung Sungai Lekuk, dekat sini kelmarin.

Demonstrasi secara aman itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee.

Ketua Kampung Sungai Lekuk, Wong Tiah San, 53, pula berkata, tanah yang diusahakan oleh bapanya sejak 50 tahun itu banyak membantu kehidupan keluarganya selama ini.

''Kalau tanah ini diambil oleh kerajaan dan diberi kepada syarikat berkenaan, saya tidak tahu bagaimana hendak meneruskan kehidupan kerana pendapatan keluarga kami bergantung sumber getah, kelapa sawit dan buah-buahan yang ditanam di tanah ini," katanya.

Tiah San berharap Pejabat Tanah Jerantut (PTJ) dapat menyegerakan permohonan hak milik kekal supaya tidak berlaku pertindanan permohonan tanah malah dibimbangi boleh dieksploit oleh pihak lain.

Sementara itu, Lee ketika ditemui memberitahu, pihaknya telah menyampaikan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Jerantut pada 3 Julai lalu dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob turut memberi jaminan untuk meneliti isu itu.

''Saya berharap kerajaan negeri berbincang secara teliti agar tidak mencetuskan kemarahan penduduk setempat yang telah lama mengusahakan tanah ini.

''Kita tidak mahu kerajaan negeri mengambil tanah pemilikan sementara (TOL) ini dan juga penduduk yang mempunyai permit mengutip hasil untuk diserahkan kepada syarikat berkenaan.

''Jangan beri kelulusan tanah berkenaan kerana ia bakal mengundang masalah baru kepada penduduk yang telah mengusahakan tanah itu hampir 50 tahun lalu,'' katanya.

Menurut Lee, syarikat itu dianggap terlalu rakus sehingga sanggup mengambil tanah yang telah diusahakan penduduk setempat.

''Janganlah mengutamakan kepentingan sebuah syarikat sehingga menggadaikan kehidupan penduduk berkenaan.

''Kalau diserahkan kepada syarikat itu, apa akan terjadi kepada penduduk yang juga berhak untuk mendapat sebahagian nikmat di negara yang makmur ini setelah meneroka kawasan berkenaan sekian lama," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.