SHAH ALAM 17 Julai - Seorang peniaga telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kajang atas dua tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun tiga bulan, empat tahun lalu.
Walaupun keterangan doktor mengesahkan tiada kesan rogol selain laporan perubatan yang dikemukakan adalah palsu, lelaki berusia 52 tahun itu telah disabit dan dihukum penjara 38 tahun serta sebatan 12 kali.
Hari ini, dia yang lengkap berpakaian banduan menangis teresak-esak apabila Mahkamah Tinggi di sini menerima rayuannya dengan mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.
Hakim Dr. Badariah Sahamid semasa membacakan keputusannya berkata, Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang semasa menjatuhkan hukuman tersebut.
Beliau berpendapat, keterangan mangsa yang tidak begitu menyakinkan gagal disokong oleh keterangan ibu dan pegawai penyiasat kerana ia hanya sekadar mengulang apa yang diceritakan oleh gadis itu.
Katanya, mangsa dalam keterangannya juga gagal memberi gambaran yang tepat tentang warna kemaluan bapa kandungnya selain ia tidak disahkan oleh pegawai penyiasat.
Dalam kes tersebut, jelas Hakim Badariah, laporan perubatan yang dikemukakan tidak boleh diterima sebagai bukti kerana tandatangan padanya disahkan palsu oleh pegawai perubatan, Dr. M. Menaga.
Malah, kata beliau, pegawai perubatan yang sama juga mengesahkan mangsa tidak dirogol dan kesan koyakan pada kemaluannya akibat ditusuk dengan objek tumpul seperti hujung belakang pensil.
''Saya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap perayu dan hakim yang mendengar kes itu telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang yang sekali gus menjadikan tidak selamat untuk mensabitkan perayu,'' katanya.
Perayu yang tidak dapat menahan tangisan selepas mendengar keputusan itu dilihat turut bersalaman dengan dua tertuduh kes berasingan sebelum keluar dari mahkamah bersama beberapa pegawai penjara.
Malah, dia turut mengekori banduan-banduan lain untuk ke lokap mahkamah sebelum dihalang dan diberitahu bahawa dia tidak perlu berada di sana kerana telah dibebaskan.
Lelaki itu didakwa merogol anak gadisnya yang berusia 14 tahun tiga bulan (semasa kejadian) di sebuah rumah di Taman Kenangan, Kajang dekat sini pada pukul 7 pagi dalam bulan Mac 2006.
Dia didakwa melakukan perkara yang sama terhadap anaknya pada pukul 12.45 malam, 23 April 2006.
Bagi setiap pertuduhan, dia dibicarakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Selepas diperintah membela diri, pada 5 Februari lalu, perayu telah disabit dan dihukum penjara 19 tahun dan sebatan enam kali bagi setiap pertuduhan dengan kedua-dua hukuman itu diperintah berjalan secara berasingan.
Pihak pendakwaan yang bertindak sebagai responden dalam rayuan itu diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norhani Mohd. Adzhar manakala perayu diwakili peguam Boestaman Ahmad
Kalau kes Anwar, laporan perubatan menunjukkan Sayfooooooool tidak diliwat dan tiada kesan kemasukan ke dalam duburnya. Jelas ia prima facie tunjukkan yang Sayfooool berbohong dan Anwar tak bersalah. Jadi kes di atas sama macam kes Anwar. Bukti keterangan semuanya berpihak pada Anwar, cuma mungkin hakim gula-gula hacks yang boleh menafikan keadilan buat Anwar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.