Followers

Sunday, July 18, 2010

Perancangan Besar Menghancurkan Pakatan Rakyat 'UMNO, PAS sudah jumpa saya

Orang Tengah??

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam mengesahkan pemimpin UMNO dan PAS ada menemuinya bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti berhubung perpaduan Melayu dan umat Islam.

Beliau yang sedia menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin kedua-dua parti itu bagaimanapun tidak menyatakan identiti mereka.

"Saya tidak pernah berputus asa (hasrat menyatupadukan orang Melayu) kerana saya tidak mahu bangsa ini tenggelam.

"Itu (kerjasama dan perpaduan antara UMNO dan PAS) memang menjadi cita-cita saya.

Saya memang berharap sungguh kerana sekali kita (bangsa Melayu) jatuh, payah kita bangkit semula.


"Harapan saya, InsyaAllah, dua-dua puak (parti) hendak bersatu. Ada pemimpin PAS dan UMNO berjumpa saya, baru-baru ini membincangkan bagaimana ingin menyatukan kedua-dua parti," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) di sini, semalam.

Beliau mengulas cadangan kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan yang disambut baik pemimpin UMNO dan PAS.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kesediaan UMNO bukan menunjukkan parti itu lemah, manakala Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, usaha mewujudkan kerjasama berkenaan bukan perkara baru dan UMNO sedia mengadakan perbincangan termasuk secara tidak rasmi untuk mendapatkan titik persamaan dan persefahaman.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga menyatakan kesediaan bersemuka Muhyiddin pada bila-bila masa, asal dilakukan secara empat mata, tanpa orang tengah.

Harussani berkata, harapan mewujudkan perpaduan dan mengelak perpecahan Melayu masih ada jika masing-masing mempunyai kesedaran.

“Perpecahan wujud kerana kita meletak keutamaan di tempat salah, jika diletakkan di tempat betul, yang salih kita ambil dan yang fasik kita jauhkan, kita boleh berjaya,” katanya.

Harussani yang tidak menolak kesukaran penyatuan kedua-dua parti berkenaan, bagaimanapun yakin perpaduan dua parti itu boleh dilakukan melalui desakan orang ramai.

“Kita juga memerlukan desakan orang ramai untuk membantu ke arah penyatuan itu.

“Desakan mereka boleh membuatkan pemimpin kedua-dua parti melihat kesungguhan rakyat untuk memastikan Melayu di negara ini bersatu," katanya.

Beliau turut menasihatkan pemimpin Melayu supaya membuang sikap degil yang tidak menguntungkan sebaliknya kembali kepada kesempurnaan serta kepentingan ummah.

“Jika Melayu masih berpecah belah, Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, kita (Melayu) mungkin kalah. Kita akan menerima penjajahan terhadap Melayu jika tidak berusaha dari sekarang," katanya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.