SENTRAL : DIBERI CF PALSU – berita hairan
Lebih 1,500 penduduk Pangsapuri Sri Aman, di sini bingung dan bimbang dengan tahap keselamatan keluarga masing-masing apabila mendakwa rumah yang diduduki sejak 2006 diberi sijil layak menduduki (CF) palsu.
Penduduk mendakwa sijil layak menduduki yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 2003 dan 2006 adalah palsu kerana sijil itu dikeluarkan di tapak lain dan bukan di lot pangsapuri sekarang.
Ketiadaan sijil layak menduduki itu menyebabkan ada penduduk yang terpaksa berputih mata apabila gagal mendapatkan tuntutan insurans apabila berlaku kebakaran dan kemalangan membabitkan rumah mereka.
Lebih menimbulkan kemarahan penduduk apabila tapak asal pembinaan yang sepatutnya menjadi tapak asal Pangsapuri Sri Aman akhirnya didirikan sebuah kondominium.
Penduduk mendakwa tidak cukup dengan itu, pemaju kondominium juga mahu berkongsi loji kumbahan walaupun pembinaan kondominium atas tapak terbabit yang terletak bersebelahan pangsapuri itu diragui statusnya.
Apa yang disangsikan penduduk dalam pelan asal tiada dinyatakan tanah kosong menjadi tapak asal Pangsapuri Sri Aman akan didirikan sebuah kondominium.
Nota:
mari kita fahami berita ini:
disebalik berita ini adalah rasuah dan penyalah gunaan kuasa
hanya mereka yang memiliki kuasa yang berkeupayaan untuk
mengubah tapak tanah.
hanya mereka yang memiliki kuasa yang berkeupayaan membuat
sijil layak duduk palsu.
warga biasa tidak ada keupayaan untuk melakukan semua ini.
kenapa ini berlalu?
ini adalah hasil dari sistem pentabiran yang telah di rasok dan dihakis
oleh rasuah.
inilah sebabnya kenapa kita semua wajib melawan rasuah.
rasuah adalah barah yang memakan hati dan naluri tamadun kita.
kita menentang rasuah bukan kerana ada oarng jadi kaya
kita menentang rasuah bukan kerana kita parti pembangkang
kita menentang rasuah untuk menjaga keselamtan diri kita sendiri
kita menentang rasuah agar masyarakat dikeliling kita adil dan jujur
kita menentang rasuah untuk memastikan masa hadapan kita terjamim
kita menentang rasuah untuk memastikan kereta yang kita pandu betul betul selamat
kita menentang rasuah untuk memastikan rumah kita selamat untuk didiami
kita menentang rasuah untuk memastikan ketika kita menonton bola stadium tidak runtuh
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.