Followers

Monday, July 5, 2010

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Ditengah Hari ?

Rakyat Sabah Mengeluh Akibat Dibelit Kegagalan Pentadbiran Barisan Nasional

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari, begitulah pepatah yang menggambarkan keluhan rakyat Sabah yang sekian lama dibelit kegagalan pentadbiran Barisan Nasional.


Rakyat Sabah menyangka kerjasama untuk membentuk Persekutuan adalah membawa kebaikan yang berpanjangan, namun siapa sangka sesudah 47 tahun Sabah kini antara negeri termiskin di Malaysia.

Dirahmati dengan hasil bumi yang kaya, namun hampir semuanya ditarah untuk projek-projek luar biasa.

Kuala Lumpur semakin pesat dengan wang-wang yang disedut dari bumi Sabah, namun kemana perginya kemewahan yang dijanjikan sehingga anak-anak Sabah sendiri terpaksa merantau ke Lembah Klang untuk menampung ibu-bapa di kampung.

Sejak 1963, kepercayaan rakyat Sabah di sia-siakan Barisan Nasional.

"Kesedaran adalah penting. Kesedaran menunjukkan bagaimana kita dapat menolong bagaimana kita punya perasaan dan niat, komitmen kita. Ini yang kita sama-sama nak cuba menyelesaikan. Kalaulah kita semua datang, ini satu yang baik. Kalaulah kita boleh mengembeleng semua tenaga kita, kita boleh tangani Masalah ini. Ini perkara yang sepatutnya tidak berlaku terutamanya antara kita sesama manusia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai masalah rakyat Sabah dalam Forum Masalah Rakyat Sabah di Lembah Klang Anjuran Pakatan Rakyat di Petaling Jaya hari ini.

Hampir 100 rakyat Sabah yang tinggal di Sekitar Lembah Klang hadir untuk berbincang bersama panel mengenai penyelesaian masalah sosio-ekonomi rakyat Sabah di semenanjung yang mendapat pendedahan media massa aliran utama.

Panel yang terdiri dari Wan Azizah, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kota Raja dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, Timbalan Presiden DAP Sabah, Edward Ewol Mujie, Ketua Gereja St Francis of Asisi, Cheras, Father Valentine Gompok dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chieu

Pemimpin DAP Lim Kit Siang mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat kegagalan pentadbiran Umno Barisan Nasional mendukung cita-cita generasi yang memilih untuk bersama dalam Malaysia 47 tahun yang lalu.

"Saya akan cakap di Parlimen bahawa sudah 47 tahun Sabah di bawah Malaysia, sudah sampai masanya tubuh satu Suruhanjaya Diraja untuk kaji samada angan-angan, harapan generasi Sabah tahun 63 ambil keputusan tubuhkan Malaysia, adakah ditunaikan," katanya.

Dr Siti Mariah yang juga ahli Lajnah Pusat PAS, kesal kerana sistem sosial dan politik yang meminggirkan rakyat sabah menyebabkan mereka masih lagi gagal berintegerasi sepenuhnya dengan Semenanjung Malaysia.

"Kami amat bersimpati dengan rakan-rakan yang berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mencari satu kehidupan yang lebih baik tapi malangnya, apa yang kita dengar, apa yang anda alami lebih perit dari di Sabah. Selama 47 tahun Barisan Nasional memerintah Sabah bersama dalam Malaysia tapi malangnya kita masih tidak berjaya menintegrasikan Sabah dan Sarawak dengan semenanjung. Setengah orang kata Sabah, Sarawak dan Malaysia seolah-olah Sabah dan sarawak bukan sebahagian dari Malaysia," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.