Followers

Saturday, July 31, 2010

Raja Petra : Saiful Juga Diliwat Oleh Ketua Pendakwa !!



http://edyesdotcom.blogspot.com

Tajuk di atas ditulis untuk mengajak kita semua berfikir - Adakah ketua pendakwa raya kes perbicaraan Liwat DSAI iaitu Datuk Yusof Zainal Abiden akan digugurkan dari pasukan pendakwaan oleh Peguam Negara sekiranya Raja Petra melalui laman Malaysian Today, mendakwa bahawa pasukan pendakwaan hilang integriti dan tahap profesionalnya apabila Saiful juga telah diliwat oleh ketua pendakwa raya?

Adakah Abdul Gani juga akan membuat kenyataan bahawa ketua pendakwa, Datuk Yusof terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa?

Juga difahamkan Datuk Yusof sebagai ketua pendakwa, hanya mempunyai peranan sebagai pemerhati dan memantau hasil kerja pengambil nota prosiding mahkamah yang ditugaskan kepada timbalan pendakwa raya bagi perbicaraan kes tersebut.

Kesimpulan

Rakyat yang telah melalui revolusi 308 merupakan rakyat yang celik berita, celik persepsi dan celik mahkamah. Rakyat menilai setiap berita, setiap persepsi yang dilelong dan tidak kurang juga yang mengamati perjalanan sebuah perbicaraan mahkamah. Penilaian rakyat akan ditafsirkan apabila mereka sekali lagi diberi peluang untuk memilih masa depan mereka melalui sekeping kertas membuang undi.

Adalah diberitakan, Peguam Negara mengesahkan timbalan pendakwa raya yang digugurkan bukan kerana didapati bersalah, tetapi hanya demi menjaga kredibiliti pasukan pendakwaan. Dalam masa yang sama, Peguam Negara melalui ketua pendakwa raya mengeluarkan kenyataan yang solid dengan mengatakan dakwaan yang dilempar oleh Raja Petra tidak dapat disahkan.

Justeru, mungkinkah ketua pendakwa raya juga boleh digugurkan dari pasukan pendakwaan sekiranya dituduh mempunyai hubungan sejenis dengan saksi utama perbicaraan, walaupun dakwaan itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan?

Sekonyong-konyong dapat dirumuskan, sekiranya Raja Petra membuat dakwaan bahawa pertuduhan liwat oleh Saiful Bukhari terhadap Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat bertujuan membunuh karier politik Anwar Ibrahim, sekonyong-konyong itulah rakyat Malaysia harus mendesak supaya perbicaraan kes Anwar Ibrahim digugurkan, walaupun dakwaan Raja Petra itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan.

Kekusutan seumpama ini sebenarnya amat mudah ditafsir dengan menimbulkan serangkap persoalan - Mengapa digugurkan seorang timbalan pendakwa raya sekiranya dakwaan seorang pengendali web tidak dapat disahkan? noktah

EDYES - 30 JULAI 2010

“Pas hanya akan bersatu dengan Umno jika parti itu mengubah dasarnya"




Rombongan Bas 1Malaysia Ke Kelantan, Rayu TGNA.

Oleh Herman Samsuden

Sama ada mereka buta dan tuli atau saja-saja buat bodoh. Pemimpin PAS dari peringkat Musyidul Am, Presiden hinggalah ke akar umbi jelas menyatakan “Pas hanya akan bersatu dengan Umno jika parti itu mengubah dasarnya kepada Islam dan meletakan Islam sebagai landasan perjuangannya”



PAS sesekali tidak akan bersatu dengan Umno atas dasar Melayu kerana jelas dasar itu terlalu sempit untuk menampung perjuangan yang PAS bawa pada hari ini. Cadangan blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang kononnya mahu mengunakan 50 buah bas untuk membawa 2000 orang rakyat biasa bagi merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka bagi merealisasikan perpaduan Melayu PAS-Umno itu adalah satu angan-angan Mat jenin.

Pertama, dari mana dia nak dapat 50 buah bas secara percuma? Kaya sangatkah beliau? atau sudah ada orang yang sedia sponsor projek Mat Jenin beliau ini?

Kedua, siapa pula 2000 orang Melayu yang sanggup diperbodohkan oleh Blogger yang mengkhianati Mursyidul Am PAS ini?

Ketiga, apakah agenda sebenar beliau mahu bawa mereka semua ini?

Bagi saya, bawalah semua bas yang ada kat Malaysia ini termasuk bas-bas rapid KL atau bas kilang dan bas sekolah sekalipun, tetapi selagi Umno enggan mengubah dasar perjuangannya dan melaksanakan keadilan Islam maka jangan haraplah mimpi Mat jenin kamu akan tercapai.

Mulia sangatkah Umno sampai berpusu-pusu balaci mereka mahu mengampu kepimpinan PAS untuk bersama mereka. Tindakan mereka ini sebenarnya, hanyalah menunjukan kelemahan Umno itu sendiri sehingga terdesak menjadikan PAS talian hayat terakhir mereka demi menjaga kelangsungan populariti mereka.

PAS sudah cukup masak dengan perangai Umno ini. Bila tersepit maka mulalah mereka sebarkan cerita dongeng mengenai nasib orang Melayu yang kononya berpecah dan ditindas oleh kaum lain.

Bagi PAS, masalah orang Melayu akan selesai jika mereka menerima Islam sepenuhnya dan duduk bersatu dalam PAS. Malah keadaan pasti akan jauh lebih baik sebab bila mereka masuk PAS, persaudaraan mereka akan lebih berkembang luas dengan bangsa-bangsa lain sekaligus akan lenyaplah rasa ketergugatan terhadap persaingan mengikut ras.

Umno hanya mampu hidup selagi orang Melayu masih lagi taksub kepada fahaman asabiyyah kebangsaan. Malangnya sikap Melayu yang didoktrin Umno sangat buruk kerana mereka memandang bangsa lain dengan pandangan yang amat buruk sama seperti sikap Yahudi yang didoktrinkan supaya memandang bangsa lain lebih hina berbanding mereka.

Bagi PAS, apa jua bangsa anda, kita disatukan hanya dengan akidah. Asal kita satu (Adam) kemudian berkembang biak hingga akhirnya kita berbangsa-bangsa. Namun bila kembali pada Allah kita tetap dipanggil anak Adam, bukannya anak Melayu. Yang membezakan kita disisi Allah hanyalah akidah.

Oleh itu, saya menasihatkan kepada mana-mana pihak yang begitu ghairah melihat PAS dan Umno bersatu agar menasihat pemimpin Umno untuk berubah terlebih dahulu. PAS selesa dengan keadaan sekarang dan kita konsisten dengan perjuangan yang ada.

PAS bebas untuk bekerjasama dengan sesiapa demi kepentingan rakyat, tetapi jika mahu bersatu menjadi satu, maka fikir dululah kelayakan kamu wahai pelobi Umno.

Sumber asal Herman Samsuden

Friday, July 30, 2010

Aku fikir, kalaulah ada perkataan yang lebih haram dari 'haram', itulah Zul Nordin...


Zul Nordin : Haramkan DAP !!

Wahai ostad al-fadhil Zul Nordin, kenapa DAP yang nak diharamkan, bukan JUDI sukan?
Halal atau haram, duit elaun ribu-ribu ringgit sebagai ahli parlimen yang dipilih atas tiket Pakatan Rakyat ? Atau adakah ianya HALAM mengikut takrifan ulama UMNO ?

Kalau Zul Nordin nak berbicara tentang prinsip, letaklah jawatan sebagai ahli parlimen terlebih dahulu baru boleh cerita fasal prinsip sesungguhnya kau tak layak digelar wakil rakyat kepada pengundi Kulim Bandar Baharu.

Kalau Zul Nordin nak berbicara tentang halal dan haram, halalkan dahulu mata pencarian yang mencurah-curah setiap bulan. Sesungguhnya kepercayaan pengundi KBB telah dikhianati tanpa rasa malu dan segan, menyuruk disebalik pengetahuan ilmu agama, malah menyalahgunakannya.

Aku letih nak bicara hal Kulim Bandar Baharu, tunggu sahajalah nasib Ahli MP ini pada PRU akan datang. Apakah diberi laluan oleh BN untuk bertanding? atau gagal segagalnya seperti seorang peguam gagal.

Bacalah artikel yang terbit oleh Zul Nordin di sini, maka anda dapat lihat kata-kata yang terpacul itu saling tak tumpah seperti orang-orang UMNO yang meniup semboyan perkauman. Dengan 13 Mei diungkit-angkat, DAP nak diharamkan. Apakah kita juga perlu haramkan Zul Nordin??

Aku fikir, kalaulah ada perkataan yang lebih haram dari 'haram', itulah Zul Nordin...

MASIH JUGA GILAKAN PERPADUAN DENGAN PAS, GUNA NGO PULA Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA NGO yang telah lama dikenal pasti pro kerajaan telah mengeluarkan pandangan mereka berkaitan isu perpaduan Umno - PAS. Meskipun PAS kini telah bosan dengan mainan pemimpin Umno dan media pencacai mereka tentang perpaduan Umno-PAS, namun kerana rendahnya martabat mereka yang mengampu Umno ini, mereka masih berselera besar untuk memperkatakan isu perpaduan Umno-PAS. Mungkin satu rayuan atau mohon simpati PAS agaknya. Baca di sini.

Di antara beberapa NGO yang tampil membantu Umno untuk merealisasikan tipu muslihat politik Umno yang tenat itu adalah dari Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan). Setiausaha Gagasan menyebut, PAS dan Umno sama sahaja dari segi anutan cuma berbeza dari segi ideologi. Maksudnya anutan Umno itu Islam, dan PAS juga Islam. Siapa yang nafikan? Memang benar majoriti ahli Umno itu Islam. Ideologinya apa? Sekular, bukan? Dan, PAS adalah Parti Islam dan ideologinya juga adalah Islam. Adakah ini bermakna Sekular dan Islam itu sama? Itukah yang difahami oleh Setiausaha Gagasan itu?


Mengapa susah sangat mahu bandingkan dasar PAS dengan dasar Umno? Butakah mata mereka melihat siapakah yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan dasar Islam dan siapakah yang bersungguh-sungguh menolak dasar tersebut? Umno bukan sahaja tidak mahu melaksanakan hukum Islam seperti Hudud dan Qisas, bahkan bercita-cita pun tidak pernah. Berbeza dengan PAS, yang telah pun membentangkan Perundangan Jenayah Hudud dan Qisas di Dun Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Terengganu dan juga di Kelantan. Malangnya, siapakah yang menentang dan menghalang perlaksanaan hukum tersebut kununnya melanggar Perlembagaan? Yang pasti, bukan PKR atau DAP yang menghalangnya.

Siapa yang pernah memberhentikan bantuan kepada SAR? DAP atau PKR kah? Usahkan Hukum Hudud, Hukum Qazaf pun mahu dihalangnya. Di dalam kes Liwat II DS Anwar, siapa yang bersungguh-sungguh menghalang kes Qazaf dari dibicarakan di Mahkamah Syariah? Bukankah Menteri dari Umno yang bersungguh-sungguh menghalangnya? Bukan Karpal Singh atau Lim Kit Siang, walaupun dikatakan DAP kununnya menentang penubuhan Negara Islam. Apa yang membuatkan kita merasa pelik, mereka boleh menyamakan taraf penolakan DAP terhadap Perundangan Islam dengan mereka menolak Perundangan Islam. Mereka seolah-olah menyamakan akidah mereka dengan akidah DAP.

Takdir dan kuasa Allah tiada siapa yang boleh menjangkakannya. Di dalam keadaan DAP dikatakan menentang hasrat PAS untuk menubuhkan Negara Islam, tetapi bermula Pilihanraya Umum ke 12 dan beberapa Pilihanraya Kecil selepas itu, undi penyokong DAP dan sokongan pemimpin DAP terhadap PAS semakin padu. Semakin PAS kuat untuk menjayakan cita-cita Negara Islam, Umno semakin kuat menekan PAS. Lojiknya, memang wajar PAS berkawan dengan DAP dari berkawan dengan Umno.

Saya sdikit bersetuju dengan pandangan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia yang menyeru pertemuan Umno-Pas mestilah berpaksikan Islam dan Melayu. Apabila mahu berpaksikan Islam, tentulah Al-Quran dan Hadith dijadikan rujukannya. Al-Quran mengajar bersatu padu bukan sahaja di kalangan orang-orang Islam, bahkan perpaduan aamat penting dicapai bersama masyarakat yang bukan Islam. Maka, perpaduan itu mestilah dibincangkan bersama bukan hanya di antara Umno dan PAS sahaja. Sanggupkah Umno untuk mengadakan perbincangan secara terbuka melibatkan semua parti yang mewakili pelbagai kaum dan agama di negara ini? Jika Umno mahu bertemu dengan PAS sahaja, ini bermakna pertemuan itu tidak berpaksi kepada agama Islam. Ia hanya pertemuan untuk Melayu semata-mata.

Jika pertemuan sekadar mahu membincangkan soal orang-orang Melayu sahaja, maka wajarlah PAS melupakan Umno yang sudah ketinggalan di dalam arus politik sekarang. Sudah terlalu banyak dosa Umno terhadap Melayu apatah lagi terhadap Islam sepanjang lebih 50 tahun Umno menjadi tunggak pemerintahan negara. Rundingan dengan Umno wajib bersyarat kerana bukan baru kita mengenali Umno./wfauzdin.blogspot.com

Khir tidak hadir dalam program 'Selamatkan S'gor' sebab jaga kawasan

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo masih belum diturunkan dalam barisan penceramah dalam siri 'Selamatkan Selangor' yang bakal memasuki pusingan kedua pada hujung minggu ini.

Ketiadaan Mohd Khir di pentas tersebut, menguatkan lagi desas-desus berhubung persaingannya dengan timbalan ketua perhubungan negeri Datuk Noh Omar, dalam merebut kedudukan menteri besar.

Ja
watan tersebut dilihat menjadi taruhan utama antara kedua-duanya untuk menonjolkan kemampuan masing-masing dalam merebut semula Selangor daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

Dalam kemeriahan ini pula, muncul Ezam Mohd Nor, bekas pengikut utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diberikan tugas utama untuk mengepalai kempen 'Selamatkan Selangor.'

Mohd Khir dilaporkan akan diturunkan bersama Ezam dalam peringkat kedua kempen, namun berdasarkan jadual program yang diperolehi, tiada tanda-tanda menunjukkan Mohd Khir akan muncul dalam ceramah pada hujung minggu ini.

Hanya Ezam dan Noh Omar yang akan muncul di sebahagian besar ceramah yang akan berlangsung dalam pusingan kali ini.

Mengulas perkembangan ini, ketua penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata Mohd Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak dapat hadir kerana menumpukan kepada aktiviti di kawasan beliau.

Beliau juga menafikan pandangan yang mengatakan Mohd Khir merajuk, lalu menolak undangan untuk hadir ke pentas berkenaan.

"
Tidak timbul soal merajuk. Buat masa ini dia belum ada kelapangan lagi, kita pun faham keadaan dia tu," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mohd Khir ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah menerima jemputan untuk hadir ke majlis berkenaan.

"Tapi saya kena jaga kawasan," katanya ringkas apabila ditanya sebab ketiadaan bekas menteri besar Selangor itu dalam kempen tersebut.

"Mereka memang (timbulkan isu perselisihan antara beliau dengan Noh). Saya tidak ada masalah dengan Noh," katanya yang menyalahkan PKR kerana mempolitikkan isu berkenaan.

SELAMAT BERJUMPA KEMBALI !


Assalammualaikum semua, tiga hari saya tidak dapat mengupdate blog saya kerana serangan sakit diulu hati berulang lagi. Setelah mengambil ubat ubatan herbal...alhamdullillah agak beransur pulih, tapi masih berdenyut diulu hati ini. Doakan agar saya cepat sembuh sepenuhnya.. Aminnnnn.
Wassalam,

ZAKRI ALI RANGKUTI

Wednesday, July 28, 2010

UMNO PEMBOHONG ?

Pembohongan Umno terserlah!

Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.

Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.

Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato' Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang 'Connect The World' merupakan keputusan penerbit program tersebut.

Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya.

Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.

ANWAR IBRAHIM

'Bini puaka': Jumlah botol petrol dijumpai diragui

Perbicaraan kes lima mahasiswa Universiti Malaya yang didakwa melakukan khianat dengan mencurah petrol ke atas permaidani beberapa jam sebelum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin bersambung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun pegawai penyiasat kes itu dilihat kurang berkeyakinan ketika memberikan keterangannya.

Mohd Najeeb Mohd Esam - pegawai daripada ibu pejabat daerah (IPD) Brickfields - pada mulanya tidak dapat memastikan jumlah barang bukti kes cubaan membakar sebuah dewan kuliah di Universiti Malaya (UM) pada Jun tahun lalu

Beliau hanya mampu berbuat demikian selepas melihat kembali gambar yang ditunjukkan oleh timbalan pendakwa raya Aidatul Azura Zainal Abidin.

Mohd Najeeb kemudiannya mengesahkan menjumpai tiga botol yang digunakan untuk mengisi petrol di blok G, Jabatan Kejuruteraan Awam di Universiti Malaya.

Blok yang salah

Selain kegagalan mengenalpasti jumlah botol dengan tepat, Mohd Najeeb juga terpaksa membetulkan kenyataan awalnya yang menyatakan botol berkenaan dijumpai di blok F pada jabatan yang sama.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati botol tersebut dipercayai dibuang oleh tertuduh kedua kes itu Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.

"Apabila (tiba) di tempat kejadian, saya nampak (seorang pegawai) Chif Inspektor Shahrudin menunjukkan OKT (orang kena tuduh) yang dia tangkap.

"Chif Inspektor tunjukkan di mana botol-botol (yang) diisi petrol dibuang dan sarung tangan getah sekali, bersama-sama OKT, (Mohd) Syahruldeen," kata Mohd Najeeb.

Mohd Syahruldeen dan empat lagi rakannya menghadapi tiga pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan berikutan kejadian pada 24 Jun tahun lalu.

M

ereka juga didakwa menconteng perkataan 'bini puaka' di bangunan berkenaan.Mengulas lanjut mengenai penemuan barang kes itu, Mohd Najeeb berkata beliau nampak kehadiran pasukan forensik di jabatan tersebut untuk menyiasat barang berkenaan.

Ambil gambar

"(Saya lihat mereka) ada letakkan penanda pada botol-botol dan sarung tangan. (Saya) tengok mereka buat penandaaan," katanya sambil memberitahu beliau ada meminta seorang jurufoto polis mengambil gambarnya.

Tambahnya, beliau melihat pasukan forensik itu membuat siasatan itu hadap bahan bukti itu daripada awal hingga akhir.

Selain Mohd Syahruldeen, turut dituduh ialah Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dan Mohd Izzuddin Helmi Mohd Zaini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui Rosmah - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Pihak pembelaan diwakili dua peguam iaitu Mohd Arfizi Ramli dan Zulhasmi Sharif.

Hakim Rozana Ali Yusoff menetapkan perbicaraan akan bersambung semula pada 13 Ogos ini.

-malaysiakini-

CERITA BASI DIPANASKAN AKHIRNYA UMNO KENA !

BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR CURI PASIR ?


Hebuh di Negeri Selangor curi Pasir, kerajaan Pakatan Rakyat kena hentam bertubi-tubi, UMNO tuduh Kerajaan negeri PR curi pasir, kemudian kerajaan PR pula tuduh UMNO curi pasir, akhirnya Khalid Ibrahim tuduh Khir Toyo melombong pasir secara haram SEMASA DIA MENJADI MENTERI BESAR masalahnya jika Khir Toyo buat lombong pasir secara haram mengapa tidak buat laporan ?

Semua orang UMNO bising-bising sebab royalty kurang, Timbalan Perdana Menteripun masuk campur buat ulasan dan kerajaan negeri pula digodam akhirnya UMNO yang kena, kita nak dengar apa kata Khir Toyo lepas ini ? Alahai pandai makan tidak pandai simpan

Bila pulak depa ni Melayu? - Dari blog The Sniper

Banjar

Jawa

DKK ooppsss... K ori!

KAH KAH KAH!
TETIBA SEMUA NGAKU MELAYU!
DULU-DULU MALU NAK NGAKU MELAYU!
TAKDAK PROXI ORI MELAYU KA NAK KELUAR KENYATAAN?
ORANG MELAYU ORI ABIH MASUK PAS DGN PKR! YANG TAK ORI TAPI MASUK PAS DGN PKR TU SEMUA NYAMAR!
WARGH WARGH WARGH!
TAK CAYA GI UMAH DEPA DENGAQ DEPA PAKAI BAHASA APA!
KIH KIH KIH!

P/S: Gambar 1 dan 2 masih boleh dikira Melayu tapi gambar 3 tu setitik melayu pun takde!

Pilihan raya, anda silap sikit Muhyiddin - Syed Imran



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin berkata bahawa negeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Barisan Nasional tidak boleh mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya peringkat persekutuan.

Beliau dilaporkan sebagai berkata hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak menentu atau menetapkan soal berkaitan tarikh pilihan raya.
Jika diteliti secara kasar, betul tetapi jika dihalusi kita akan dapati bahawa Muhyiddin, seorang tokoh politik yang berpengalaman dan kini memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, silap sedikit.

SPR tidak boleh mengurus sesuatu pilihan raya sekiranya Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat tidak dibubarkan terlebih dahulu.

Jika Datuk Seri Najib Tun Razak nak mengadakan pilihan raya, katakan pada bulan April 2011, maka dia perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda bagi membubar Dewan Rakyat atau Parlimen.

SPR mempunyai satu tempoh yang ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya untuk mengurus pilihan raya bagi memilih anggota Dewan Rakyat. Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan, SPR tidak boleh mengurus atau mengadakan pilihan raya.

Apabila Parlimen dibubarkan dan sekiranya Dewan-Dewan Undangan Negeri dibuar serentak, barulah SPR boleh mengurus pilihan raya untuk mengisi kerusi Dewan Rakyat dan DUN. Tetapi, jika DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak dibubarkan serentak dengan Pembubaran Parlimen, SPR tiada kuasa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan.

Oleh itu, Muhyiddin silap apabila menyatakan bahawa SPR yang menentukan sesuatu pilihan raya dan bukan pihak lain. Yang jelas SPR hanya boleh berbuat demikian jika DUN dibubarkan. Andai kata pentadbiran PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan pembubabarn Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh BN, SPR tidak boleh buat apa-apa kerana tiada kuasa atau peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

Bidang kuasa SPR dijelaskan dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

113 (1) Maka hendaklah ada suatu suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan mengikut Perkara 114, dan yang akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan.

Pada asasnya, itulah kuasa SPR dan SPR hanya boleh bertindak atau melaksanakan tanggungjawabnya setelah dimaklumkan secara rasmi berkaitan pembubaran Dewan Rakyat artau DUN ataupun berlaku kekosongan kerusi dewan berkenaan oleh Speaker berkaitan.

Oleh itu, DUN yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak untuk tidak membubarnya serentak dengan Dewan Rakyat atau DUN lain sekiranya mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak. Mereka boleh memilih untuk mencukupkan tempoh lima tahun seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

http://kudaranggi.blogspot.com/

Umno-BN Bawa Orang Melayu Kembali Ke Zaman Jahiliyah

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap idea yang dibawa oleh Ketua Menteri Melaka dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengatasi masalah sosial sebagai dangkal dan bodoh.

Azan berkata pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak lagi mampu mencetuskan idea baru dalam dunia era digital yang serba canggih dan moden tetapi sebaliknya mencerna pemikiran yang membawa rakyat khusunya orang Melayu ke zaman kegelapan jahiliyah.

Beliau merujuk kepada cadangan Datuk Seri Ali Rustam agar diwujudkan sekolah perempuan mengandung bagi mengatasi masalah buang bayi.

"Ini menunjukkan kebodohan politik pemimpin Umno yang menggalakkan lagi perbuatan keji ini. Kalau dulu orang kutuk perbuatan seperti mengandung anak luar nikah akibat perbuatan seks rambang, Ketua Menteri Melaka pula seperti memberikan galakan.

"Umat Islam negara ini seharusnya menolak Ali yang dilihat memberikan kenyataan yang menjijikkan," ujarnya.

Begitu juga idea yang memalukan oleh Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya suntikan pangkal rahim diberikan kepada remaja perempuan bagi mengelakkan barah rahim akibat mengadakan seks rambang.

"Ini membuktikan pendekatan yang digunakan pemimpin Umno-BN jauh menyimpang dari landasan, tidak kena cara dan polisinya.

"Perbuatan yang sepatutnya dicegah, tidak dicegah tetapi diberikan ubat untuk mengelakkan penyakit daripada perlakuan sumbang itu."Mereka menggunakan pendekatan kufur seperti di zaman kegelapan Jahiliyah," kata Azan sambil menyifatkan tindakan Umno-BN yang merasuah orang Melayu sama seperti zaman jahiliyah.

Tambah Azan, aApa dikesalkan adalah ulama Umno seperti Tan Sri Harussani Zakaria tidak pula bersuara malahan menyokong perkara yang menganjurkan orang Melayu kembali ke zaman jahiliyah.

Beliau turut mencabar kerajaan Umno-BN khususnya Shahrizat supaya mengeluarkan maklumat dan statistik tentang berapa ramai remaja perempuan yang membuang bayi di klinik swasta akibat perbuatan seks rambang dan luar nikah. -SK

WE WANT PM NAJIB TAKE IMMEDIATE ACTION : Remove NMY, unseat Zarinah...



Remove him, unseat her ...

5 delicate issues. More calls on blogosphere for the Najib administration to scrutinize the roles of some of its top officials, regulators and former regulators included, for their alleged links with some unsavoury elements, including anti-Najib ones, in the past and possible even now.

Read journo-blogger Bujai's nor-holds barred posting here on the 5 most delicate issues Najib must act on, or else ..

Tuesday, July 27, 2010

Its time to see Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak taking action, I mean serious action on some matters which many regard are of national interest. The people, especially wants the government to act promptly without having such issues to erupt at the Parliament. However, foreign media is already contemplating.

Issue 1 - Should Nor Mohamed Yakcop is suspected to have collaborated in awarding government contracts worth billion of ringgit to Kalimullah, then an investigation should be called. If found guilty, the minister should be removed.

Issue 2 - Should SC chairperson Zarinah Anwar is involved in some irregularities and wrongdoings, she should be investigated, too. As the subject is now hot to the extent that some are already pointing fingers at her husband and also Nor Mohamed Yakcop, the government is left to no choice but to investigate. If she is guilty, unseat her.

Issue 3 - Let the MACC conduct its impartial investigation on a company, Perimeker, where Rosmah Mansor is allegedly stood as one of its director. Perimeker is said to have received a commission of 140 million euros (RM500 million) for the purchase of two French submarines.

Issue 4 - The ambush by police special force (UTK) on the Sultan of Kelantan on May 4, 2010 in Kota Bharu. Its video footage is now on U-Tube. The government cannot just play numb. If any senior police officers, including the IGP and Kelantan police chief are involved, they should bear the consequences.

Issue 5 - The RPK and Bala PI. Get the British Government to extradite them in order to face charges or investigation in Malaysia. The more we prolong it, the general impression the public will have is, yes... there were some truths in their statutory declarations pertaining to the murder case of Altantuya Shaariibuu.

All these are delicate matters. Like it or not, we must investigate and get to the bottom of it. If we keep on delaying it, than we are level with Anwar Ibrahim's sodomy case...

DPP Wanita Digugurkan Dalam kes ANWAR VS SAIFUL !


Didakwa ‘bercinta’ dengan Saiful,timbalan pendakwa raya digugur dari pasukan pendakwa

Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.

Tan Sri Abdul Gani Patail(gambar) mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani (gambar) berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.
Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.

“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu.

Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.
“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.

Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.
Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.
Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.TMI

Kerajaan Melaka di bawah Ali Rustam akan menubuhkan Sekolah Mengandung. - Oleh: WFAUZDIN NS

RAHIM THAMBY CHIK BAKAL DILANTIK PENGETUA SEKOLAH MENGANDUNG DI MELAKA ?

MELAKA Negeri Bersejarah akan mengukir sejarah seterusnya apabila Kerajaan Melaka di bawah Ali Rustam akan menubuhkan Sekolah Mengandung. Samada pihak Kementerian benarkan atau tidak, Kerajaan Negeri akan tetap meneruskannya bagi mengubati `penyakit budak miang' di sekolah. Itu kata Ali Rustam, KM Melaka yang pernah disabitkan dengan politik wang semasa pemilihan Umno yang lalu. Baca di sini.

Selepas ini rakyat Negeri Melaka tidak perlu bimbang lagi tentang anak-anak mereka yang `miang' kerana mereka akan dibantu. Jika sebelum ini kita dengar mahu diwujudkan Pendidikan Seks di sekolah-sekolah, kini mungkin wujud pula Sekolah Mengandung. Terlalu rapat kaitan keduanya. Saya tidak mahu menyebut idea Ali Rustam ini baik, bijak atau bahlol. Cumanya saya kesihan apabila Ali Rustam menyebut masalah zina akan dapat diatasi dengan kaedahnya itu. Benarkah begitu?

Teori Ali Rustam mudah. Pelajar-pelajar yang melakukan zina adalah kerana gagal mengawal nafsu, maka lebih baik mereka kahwin. Jika pihak sekolah tidak mahu terima pelajar yang mengandung selepas berkahwin, maka inilah sekolahnya. Apa terjadi selepas pelajar ini berkahwin nanti? Sudahkan kita fikirkan? Benarkah mereka yang berzina itu sebenarnya disekat dari berkahwin? Atau semata-mata mahu berseronok? Sudahkah kajian dibuat? Saya rasa tidak ramai yang melakukan zina itu adalah kerana mereka disekat dari berkahwin. Mereka cuma mahu keseronokan bukan mahu berkahwin.

Sekiranya jadi juga penubuhan Sekolah Mengandung untuk pelajar-pelajar miang ini, saya ingin mencadangkan agar Pengetua atau Guru Besarnya adalah bekas KM Melaka iaitu Rahim Thamby Chik. Beliau sungguh berpengalaman di dalam perkara `miang' dan budak mengandung ini. /wfauzdin.blogspot.com

Tak seperti pompuan yang sorang lagi tu...., memang over gilerrrr... wa cakap luuuu.... eee... gelinya..



Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang.

Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian.

Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami.

Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah! Sumber asal: Minda Tajdid

p/s: Dalam hal ini... secara peribadi gua akui..., Siti Hasmah memang cool, dan tak pernah menyibuk dengan urusan suaminya dan juga negara.