(DAP-Sibu) beliau dengan bangganya mengatakan kerajaan UMNO BN tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihanraya kecil di seluruh negara termasuk di Terkadang. lucu rasanya melihat kenyataan bangang seorang Perdana Menteri yang bernama Najib Razak ini sebenarnya. Di Parlimen semalam, dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Wong Ho LengParlimen Sibu baru-baru ini. Soalnya sekarang, apakah rakyat boleh percaya dengan kenyataan Najib itu.
Beliau bukan sahaja cuba memperbodohkan rakyat, malahan juga dirinya sendiri. Mana pernah ada dalam sejarah UMNO BN boleh dapat undi tanpa "projek mee segera" atau "wang rasuah"? sebenarnya. Malah, dalam setiap kali pilihanraya itulah saja cara mereka untuk membeli undi rakyat. Ketika pilihanraya kecil itulah maka jutaan wang ringgit dicurahkan supaya rakyat mengundi BN. Pendek kata, bila ada pilihanraya kecil di sesuatu kawasan maka rakyat di kawasan itu boleh mencongak pula apa yang mereka inginkan.
Mahukan jalan, maka jalan tar akan sampai depan anak tangga. Mahukan dewan, maka esok projek dijalankan segera. Mahukan jambatan, mereka akan janji bina segera. Mahukan geran tanah, maka esok lusa geran akan diluluskan segera. Apa saja kemahuan rakyat pasti akan dituruti oleh mereka. Bukan sedikit wang dibelanjakan, malah jumlahnya cukup besar.
Malah, apakah rasional kerajaan UMNO BN meluluskan 107 program atau rancangan yang bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan parlimen Sibu ketika menjelangnya pilihanraya kecil di situ?. Kenapa Najib tidak umumkan projek-projek untuk kawasan Maran ke, Marang ke, Permatang Pauh ke? Rembau ke? Kuantan Ke atau di kawasan parlimen lain?. Kenapa difokuskan untuk Sibu semata-mata, sedangkan dia tahu ketika itu orang sedang sibuk berkempen meraih undi.
menunggu imbuhan mereka. Maka tiba-tiba Najib meluluskan bayaran deposit RM1,000 setiap seorang dan kemudiannya baki RM49,000 akan diberikan kemudian dalam bentuk bon di Bukankah ini bermakna ia diluluskan bagi mengaburi mata rakyat supaya yakin bahawa UMNO BN sahajalah parti yang layak menjadi kerajaan dan membela mereka. Begitu juga ketika pilihanraya kecil di Hulu Selangor, bayangkan sudah lebih 15 tahun "jutawan peneroka"Felda Sg.Buaya tempohari.
Kenapa baru ketika itu nasib bekas peneroka itu mahu dibela oleh mereka, sedangkan sebelum ini sudah puas mereka merintih, merayu dan mengharapkan simpati. Inilah bukti jelas bahawa mereka sebenarnya cuba untuk memancing undi pilihanraya, maka tidak hairanlah BN hanya menang besar di kerusi DUN Hulu Bernam tersebut. Benarkah juga kerajaan tidak janjikan projek kepada rakyat, sedangkan dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dulu Najib awal-awal lagi mengatakan BN akan tukar strategi dengan tidak menjanjikan "projek mee segera" kepada rakyat ketika itu.
[Fakta ringkas Ini melengkapkan hujjah kita bahawa memang UMNO BN gunakan wang untuk membeli kuasa sebenarnya. Jika mereka jujur dan ikhlas berjuang tanpa "rasuah pilihanraya" seperti itu maka sudah pasti sudah lama mereka ditewaskan sebenarnya. Apapun, rakyat diminta bersabar dengan kenyataan PM Najib itu.
Anggaplah yang mereka kini sudah "hilang akal untuk menipu rakyat lagi". Maka, apakah rakyat perlu percaya dengan cakap seorang penipu seperti itu. Agaknya sampai bila rakyat akan terus diperbodohkan oleh pemimpin yang bangang seperti ini. Mereka fikirkan rakyat ini macam lembu yang boleh dicucuk hidung semata-mata. Rakyat sekarang bukan seperti dulu lagi.
Mereka sudah boleh mendapat maklumat global hanya dengan satu klik sahaja. Najib boleh menipu rakyat di Pekan, tapi tidak semua rakyat Malaysia akan terpengaruh lagi dengan "omongan kosong" anak Tun Razak itu sebenarnya, UMNO dulu, kini dan selamanya menipu rakyat Malaysia !].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.