Stadium Batu Buruk yang menelan belanja RM280 juta, runtuh selepas digunakan 10 bulan dan kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.
Di lobi Parlimen, Ngar mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terlibat membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.
Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.
Ini diakui sendiri Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng menjelaskan anggaran permulaan perbelanjaan pembinaan istana hanya sekitar RM400 juta pada 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.Khoon Seng juga mendedahkan tiga syarikat pembinaan dilantik secara perundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.