Followers

Tuesday, June 15, 2010

Kibaran Bendera UMNO Separuh Tiang ? Tanda Ahli2 Tidak Puas Hati .

Aliran Fahaman Politik Dalam Umno Berkecamuk, Ramai Ahli Tidak Puas Hati

Keyakinan yang kian terhakis lantaran propaganda perubahan demi perubahan yang langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat khususnya kaum Melayu, dipercayai punca beberapa pemimpin UMNO hilang keyakinan kepada parti itu.


Kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff, desas desus tiga ADUN UMNO bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), menunjukkan pegangan asal UMNO kian lama, semakin terhakis.

PKR Perak pada satu sidang media mendedahkan tiga ADUN UMNO yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Zamry Abdul Kadir bakal menyertai PKR dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan PKR Perak,Zulkifly Ibrahim tidak menyatakan nama mereka tetapi menyatakan Adun Umno tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno BN berkaitan kelulusan lesen judi suka.

Pada 2009, UMNO-BN melakukan rampasan kuasa di Perak dengan ‘membeli’ dua ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu manakala seorang dari dari DAP, Foong Hee Yit.

"Saya rasa ini bukan tiga orang. Ini melibatkan isu dasar. Sebabnya, mereka tahu Umno sudah tidak mempertahankan Islam, sudah tidak mempertahankan Raja-Raja Melayu, dan juga malah dalam keadaan-keadaan tertentu, mengkayakan kroni yang bukan Melayu," katanya.

Beliau juga percaya masalah dalaman UMNO berlanjutan berikutan parti itu sarat dengan pelbagai aliran fahaman politik yang saling berkecamuk.

"ADUN BN terutama UMNO hari ini terperangkap dengan strategi mereka sendiri kerana terdapat pelbagai jenis penyokong UMNO. Penyokong yang sekarang ini kononnya Konsenses Bebas - kelompok bebas tetapi menyokong UMNO.

"Kelompok UMNO yang tidak cukup kasih sayang, kelompok UMNO Perkasa. Ini menjadi satu cabaran kepada UMNO. Dan ini tidak ada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat, tapi disebabkan pentadbiran pemimpin UMNO yang rakus"

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, PKR tidak akan menerima mereka yang menyertai parti semata-mata kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti yang didukungnya dahulu.

"Kita parti yang berprinsip, orang pergi kita ucap selamat tinggal. Orang yang hendak datang macam ini pun kita tidak mahu. Tapi kalau dia gentleman, ikut prinsip kita.

"Pada prinsipnya, PKR tidak akan terima orang yang seperti ini. Hendak lompat parti kerana rasa tidak puas hati, kita tidak mahu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.