Followers

Monday, June 21, 2010

Khalid Samad: Umno BN Terdesak Sehingga Campur Tangan Instrumen Kehakiman dan Parlimen



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap kerajaan Umno Barisan Nasional sanggup melakukan apa sahaja termasuk campur tangan dalam intrumen kehakiman dan Parlimen, bagi memastikan pilihan raya kecil Parlimen Batu tidak berlangsung.

Merujuk kekeliruan mengenai kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Khalid Samad berkata, Umno BN bimbang terpaksa berdepan dengan rakyat jika kelayakan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen Batu terbatal.

Sedangkan, beliau yakin Umno BN memang sedari awal merancang untuk melupuskan kelayakan Tian Chua tetapi berubah fikiran apabila mendapat petunjuk dari kekalahan memalukan pada pilihan raya kecil Sibu.

Bercakap depan lebih 1,000 orang sempena majlis makan malam Parlimen Batu di Shah Alam, Khalid Samad mengesyaki keputusan hakim dipengaruhi keputusan pemimpin parti pemerintah.

“Ianya merupakan satu pembohongan dan ini merupakan satu sikap berdolak-dalih kerajaan Bn dalam hal ini. Saya berasa yakin pada perancangan mereka supaya mereka fitnah Tian Chua, bawa ke mahkamah, didapati bersalah, kenakan hukuman yang akan menyebabkan beliau akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen, itu perancangan awal,” katanya.

Khalid Samad yakin Tian Chua memang tidak bersalah tetapi sengaja diheret ke mahkamah berikutan BN mahu merampas kembali kerusi Parlimen Batu.

“Kita juga ingin supaya kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Batu terus dikekalkan, kita semua tahu bahawa YB Tian Chua tidak bersalah, kalau tuan-puan sendiri nampak dalam video tadi, sya rasa hendak gigit orang pun memang tidak ada masa dan hendak bernafas pun susah apatah lagi hendak gigit orang,” katanya.

Kata beliau, pengaruh politik dalam mahkamah dapat dilihat melalui alasan penghakiman kes Tian Chua yang jelas boleh ditafsir sebagai cubaan mengelakkan berlangsungnya pilihan raya kecil.

Katanya, Umno BN terperangkap dengan jerat sendiri apabila mendapati usaha membatal kelayakan Tian Chua hanya akan memalukan mereka jika BN mengalami kekalahan besar.

Ini menyebabkan pelbagai dolak dalih dan percanggahan kenyataan berlaku berkaitan status kelayakan Tian Chua.

“Untuk kali ini kalau dibuat pilihan raya kecil sekali di Batu, Umno BN tahu akan kalah dengan majoriti lagi besar, inilah dolak-dalihnya. Hendakkan pilihan raya kecil, pada hakim pertama begitu dan sekarang hendak elak pilihan raya kecil, arahan kepada hakim kedua jelas sehingga disebut oleh hakim sendiri sebab mengapa hinggakan dia sebut keputusannya kerana tidak mahu pilihan raya kecil,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.