4 Berita yang memualkan. Apa dah nak jadi dengan orang Malaysia ni..kerja rogol dan liwat semudah minum abc..kalau BN Yahudi masih butakan masalah ini, tunggulah peringatan yang benar dari Allah..
BERITA 1
Remaja lari dinodai kekasih
2010/06/17
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dikatakan merajuk dan melarikan diri dari rumahnya menerima padah atas perbuatannya apabila dia dinodai teman lelakinya.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bergaduh dengan kakak dan sering dimarahi ibunya kerana tidak pandai menjaga adik lelakinya yang baru berusia setahun.
Mangsa yang tertekan kemudian meninggalkan rumahnya di Bandar Permaisuri, di sini, sebelum lari bersama teman lelakinya. Semuanya bermula Isnin lalu, kira-kira jam 5 petang, apabila mangsa dibawa teman lelakinya ke sebuah flet sebagai tempat untuk menyembunyikan pelajar itu daripada keluarganya.
Menurut sumber, lelaki terbabit dikatakan menyewa sebuah bilik di kawasan perumahan itu sebelum berjanji akan menjaga keselamatan teman wanitanya.
"Namun, kepercayaan mangsa lebur apabila dia dirogol teman lelakinya itu pada malam berkenaan," katanya.
Sumber berkata, esoknya suspek meninggalkan mangsa namun berpesan supaya tidak meninggalkan rumah itu.
BERITA 2
Tragedi hitam
PORT DICKSON: Perjalanan jauh seorang remaja dari Shah Alam, Selangor ke bandar percutian ini untuk bertemu kekasih hati mengundang tragedi hitam apabila dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Springhill, di sini.
Malah, lebih menyedihkan apabila remaja berusia 15 tahun itu turut dirakam gambar manakala barang kemas dan telefon bimbitnya dirampas teman lelakinya yang berusia 25 tahun.
Detik hitam remaja itu bermula apabila dia datang seorang diri ke bandar ini sebelum dijemput teman lelakinya pada 5 Jun lalu. Mereka kemudian ke sebuah rumah di Springhill.
Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata mangsa kemudian dirogol di rumah berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi keesokan harinya.
"Selepas dirogol, suspek merampas barang kemas yang dipakai dan telefon bimbit mangsa sebelum menghantar gadis berkenaan ke stesen komuter Seremban pada keesokan harinya.
"Gadis berkenaan kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian yang dialaminya pada 9 Jun lalu," katanya
BERITA 3
Lelaki langgan pondan cuba rasuah
2010/06/17
MELAKA: "Tuan, saya bagi RM300 dan angkat (ambil) sekali ‘wallet’ (dompet). Tolonglah lepaskan saya," kata seorang lelaki berusia 30 tahun yang dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas dipercayai melanggan seorang pondan di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, taktik murahan bagi menggelapkan mata pegawai penguat kuasa Jaim itu tidak menjadi dan dia ditahan serta diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.
Dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, lelaki terbabit dicekup selepas ditemui bersama seorang pondan berusia 35 tahun di satu kawasan gelap di belakang deretan rumah kedai.
Apabila anggota penguat kuasa tiba, lelaki terbabit membuat tawaran berkenaan sebagai imbuhan bagi melepaskan diri dari ditangkap.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata sebelum ditahan, lelaki bukan beragama Islam itu sudah menawarkan RM50 kepada anggotanya.
Bagaimanapun, apabila datang pula seorang pegawai penguat kuasa yang mengetuai operasi itu, lelaki terbabit menggandakan pula tawarannya kepada RM100.
"Lelaki terbabit kemudian menawarkan pula RM300 berserta dompetnya sebagai balasan untuk tidak diambil tindakan.
"Tetapi, lelaki berkenaan terus digari dan dibawa ke dalam van sebelum laporan polis dibuat dan ditahan lalu diserahkan kepada SPRM pagi ini (semalam)," katanya.
BERITA 4
Warga asing, pelacur ditahan dalam serbuan
2010/06/17
GEORGETOWN: Taktik warga asing menjadikan bangunan usang dan busuk sebagai rumah kediaman bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa tidak menjadi selepas Jabatan Imigresen Pulau Pinang membongkar sarang persembunyian mereka, semalam.
Hasil maklumat orang awam, 20 anggota jabatan itu melalui Ops Selera yang dijalankan bermula jam 8 malam hingga 4 pagi semalam, menyerbu tiga rumah di Jalan Siam, Jalan Chowrasta dan Pengkalan Weld, di sini.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri, Abdul Rahman Hassan, berkata, pihaknya menahan 46 warga asing di tiga lokasi membabitkan 24 lelaki warga Bangladesh dan India serta 22 wanita warga Thailand dan Indonesia.
"Hasil siasatan mendapati ada wanita yang dijadikan pelacur untuk langganan warga Bangladesh di kawasan itu dan kami juga menemui sepasang warga asing dalam keadaan bogel ketika serbuan itu," katanya ketika ditemui selepas operasi, semalam.
Katanya, warga asing yang beragama Islam dan bersekedudukan juga diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, mereka menghadapi kesukaran apabila ada penghuni enggan membuka pintu atau menguncinya dari luar untuk mengaburi mata pihaknya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.