Pendang : Alahai.. orang suruh ligan
mat rempit bukannya mai tangkap orang kampung....
KAMPUNG PANCHOR – Seramai kira-kira 200 penduduk Kampung Panchor, Kampung Bechah dan Kampung Charok Kudong memprotes tindakan polis trafik daerah Pendang mengadakan operasi jalan raya di kawasan kampung mereka di sini.
Sinar Harian segera menemui penduduk kampung di sini, setelah menerima aduan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan tindakan polis trafik berkenaan apabila beberapa saman dikeluarkan dan beberapa motosikal penduduk turut disita dalam operasi itu.
Seorang penduduk, Halim Ali, 51, yang juga ahli Rakan Cop berkata, dia mewakili penduduk kampung membuat aduan mengenai gejala mat rempit yang sering berlumba di jalan kawasan ini kepada polis trafik melalui Rakan Cop.
Menurutnya, dia membuat aduan pada 14 Jun lalu mengenai gejala itu yang menganggu penduduk dan polis mengadakan operasi pada 17 Jun lalu, di sini, pada jam 7.30 petang, namun sasaran utama mat rempit tidak diperolehi ketika operasi dijalankan.
“Penduduk beranggapan bahawa dengan menjadi ahli Rakan Cop dapat bekerjasama dengan polis bagi menyampaikan maklumat namun penduduk menjadi mangsa dengan aduan yang dimaklumkan.
“Ketika operasi tiada mat rempit di kawasan itu seperti kebiasaan sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.