Followers

Sunday, May 30, 2010

Tanah Melayu tidak pernah mempunyai sistem sendiri


Perlunya Kuasa Luar Jika Inginkan Perubahan Total?

Penulis Tamu - Aris Awang

Apakah aku perlu menjadi "pengkhianat" kepada negara, seperti mana Muhammad Rasulullah saw, Nabi Suci telah menjadi "pengkhianat" kepada negaranya sendiri iaitu Mekah, dengan "berkomplot" bersama penduduk Madinah untuk "Menawan" Mekah dari kekuasaaan Quraish yang sama sebangsa dengannya.

Melayu tidak pernah diutuskan Nabi, jauh sekali Rasul oleh Allah swt. Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah mempunyai sistem sendiri sejak dahulu lagi, semua sistem dan budaya adalah adalah pengaruh dari luar.

Lama dahulu di bawah Hindu, selepas itu di bawah pengaruh Islam, kemudian pengaruh Siam, Bugis, Pasai, Portugal, Belanda, British, Jepun, kembali kepada British sehingga sekarang.

Bagaimanakah cara untuk membuang pengaruh British yang masih bertapak kukuh yang diteruskan oleh UMNO/Perikatan dan kemudian UMNO/BN sejak 50 tahun yang lalu dan selepas itu kelihatan pengaruh itu telah dipandang lunak dan cuba dilunakkan oleh pemerintah PR pula, maka warisan penjajah akan diteruskan.

Kecuali jika:-

1. Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz menjadi Perdana Menteri Malaysia (sudah tentu agak tak menasabah dengan umurnya dan terpaksa bertanding peringkat Parlimen dalam pilihanraya ke 13)

2. Guan Eng memeluk Islam (ini menasabah, tetapi hidayah adalah ditangan Allah, kita hanya mampu berdoa)

Oleh itu pilihan ketiga yang ada bagi aku ialah, peranan pengaruh luar dan kuasa luar amat penting untuk mencabut terus pengaruh penjajah di dalam struktur pentadbiran negara dan negeri.

Datang Islam satu ketika dahulu telah mencabut......... seluruh sistem Hindu dan animisme di Tanah Melayu Ini.

Datang pula British, juga telah mencabut terus sistem Islam dalam pentadbiran kecuali dalam hal kekeluargaan.

Sejarah telah membuktikan Melayu tidak ada tamadun sendiri, tidak ada agama sendiri dan tidak ada sistem sendiri - semua adalah dari luar, Apakah memang Melayu telah ditakdirkan begitu oleh Allah?

Oleh itu takdir itu perlu berulang agar Islam kembali berdaulat secara bukan lagi dilidah, di lipatan buku dan risalah, tetapi terpancar dalam perlaksaannya di alam realiti dari sudut akhlak kepimpinannya, sistem sosialnya, ketenteraanya, ekonominya, politiknya dan perundangannya.

Bagi aku perlu datang satu kuasa luar............ yang tulin Islam mereka dari segi pengamalannya, baik akhlak pemimpin mereka, tinggi nilai spritual pemimpin dan rakyat mereka, terbukti kejayaan mereka, mempunyai kekuatan yang digeruni untuk mencabut seluruh sistem dan pengaruh British yang masih seronok dipraktikkan oleh pemerintah PR dan lebih-lebih lagi BN sampai saat ini.

Sehingga sekarang aku tiada mempunyai hubungan dengan mana-mana kuasa luar yang membawa Islam seperti dibawa oleh Nabi Muhammad saw, bukan seperti dibawa oleh Yazid.

Tetapi aku bersedia untuk menjadi "Pengkhianat Negara Sendiri"seperti pernah dilakukan oleh Rasullah saw 1,400 yang lampau, jika aku berpeluang melakukannya.

Sebenarnya tindakan yang dilakukan tidak boleh di labelkan sebagai "pengkhianat", kerana yang dilakukan itu ialah menyelamatkan manusia yang ditindas oleh bangsanya sendiri, di negaranya sendiri. Perkataan "pengkhianat"sengaja digunakan untuk memudah kefahaman pemuda dan pemudiku sekelian.

Oleh itu berlakulah Fathu Makkah............. 10,000 tentera yang dipimpin oleh Rasulullah saw bergerak dengan pantas dari Madinah (bukan negeri asalnya) ke Mekah (negeri asalnya) sejauh 410 km yang ditinggalkan selama 8 tahun.

Strategi ini adalah satu sunnah bagiku dan aku bersedia untuk melakukan sunnah itu!!!. Aku pula tidak pernah atau akan merasa terjajah jika kuasa luar yang datang itu adalah mereka yang membawa Islam yang suci dan benar seperti yang di ajar oleh Baginda Suci Rasulullah saw walaupun mereka adalah dari kalangan Habsi yang hitam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.