(Gambar 2 jenis spesis yang sama)
Betulkah Samy Vellu masih diperlukan oleh masyarakat Tamil Malaysia ?
Ada masyarakat Tamil yang menganggap Samy seperti tuhan. Ada pula yang marasakan Samy ibarat dewa dari kayangan.
Pagi ini di Seri Kembangan akan berlangsung himpunan GAS - Gerakan Anti Samy yang diusahakan oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC yang dipecat oleh Samy beberapa hari yang sudah iaitu V Mugilan.
Kata Mugilan, GAS akan mendesak agar Samy undur segera dari MIC.
Inilah masanya masyarakat Tamil mencelikkan mata mereka yang telah dikelamkan oleh Samy selama ini.
Masyarakat Tamil rata-rata masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Nyahkan Samy dari peta politik Malaysia. Kuasa ditangan rakyat. Itupun jika mahu dan jika boleh.
Ramai yang sudah berusaha tetapi gagal. Tun Mahathir, Subramaniam, Muhyiddin, Kalimullah, KJ, kepimpinan MIC dan ramai lagi yang telah gagal melakukannya.
Kini giliran Mugilan dan rakan-rakan.
Mampukah Samy ditumbangkan. Atau Samy yang akan berjaya menyedut GAS itu?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.