Followers

Monday, April 19, 2010

SPR sekali lagi melacurkan diri dengan komponen BN

Pendedahan panas mengenai isu nama pengundi berdaftar di Parlimen Hulu Selangor ditukarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke parlimen lain kini semakin hangat diperkatakan. Terkini, seorang pengundi yang dikenali sebagai Mohd Ali Bin Ismail, pemegang kad pengenalan 600902-05-5557 yang dikatakan berdaftar di Sungai Choh, melaporkan bahawa namanya secara tiba-tiba telah dipindahkan ke Parlimen Selayang tanpa pengetahuannya.

Malah, menurut beliau lagi bahawa alamat kediamannya ialah di Batang Kali dan selama
ini beliau mengundi di Sekolah Kampung Tanjung Sungai Choh, namun kini tiba-tiba ia bertukar dengan sekelip mata tanpa pengetahuannya. Beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis terhadap SPR berhubung dengan perkara ini. Beliau yang membuat semakan daftar pemilih di kaunter SPR semasa program Karnival Spies dekat Stadium Mini Kuala Kubu Bharu petang semalam itu amat kecewa dengan senario yang berlaku. Persoalannya sekarang, kenapa ini berlaku kepada pengundi Hulu Selangor dan siapakah yang menjalankan agenda jahat ini agaknya.

Malah, beliau menyatakan bahawa sudah tiga kali dia mengundi di Kampung Tanjung dalam Parlimen Hulu Selangor, tetapi kenapa namanya dipindahkan ke Parlimen selayang pula untuk pilihanraya kecil ini. Beliau juga meminta supaya namanya ditukarkan kembali oleh SPR ke Batang Kali untuk memudahkan beliau membuang undi pada 25 April ini. Kami cuba untuk membuat semakan berdasarkan maklumat yang diberikan, ternyata pihak SPR telah membuang terus nama pengundi terbabit dalam
database mereka. Bukan sahaja untuk semakan nama pengundi di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, malah untuk Semakan Daftar Pemilih biasa pun nama beliau sudah tiada (Rekod tidak dijumpai).

Sila tujuk gambarajah dibawah sebagai bukti. Apakah pihak SPR telah membuat perubahan dan membuang rekod nama pengundi terbabit agaknya?. Ini mungkin bertujuan untuk menutup kesilapan dan kebobrokan yang telah mereka lakukan dalam usaha memastikan BN menang dalam apa jua cara sekali pun dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor ini.



Bukti rekod namanya telah dipadam dalam semakan daftar pemilih

Semakan untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor juga sama

[Dengan maklumat terbaru ini, maka ia jelas sekali membuktikan kepada kita yang Pilihanraya Kecil Hulu Selangor juga sama dengan yang terdahulu, di mana SPR sekali lagi melacurkan diri mereka untuk terus bersekongkol dan mengikut arahan serta telunjuk kerajaan UMNO BN. Mereka kini ternyata sah merupakan parti komponen BN serta layak bertanding dalam pilihanraya akan datang. Sudahlah SPR mengeluarkan berbagai peraturan secara tiba-tiba tanpa memanggil wakil pihak pembangkang. Itu belum termasuk lain-lain arahan "bengong" yang sengaja dilakukan untuk menekan pembangkang. Kini mereka melakukan lebih dari itu bagi tujuan khianat kepada rakyat.

Apakah ini caranya kerja Aziz Yusoff iaitu Pengerusi baru SPR yang kononnya ingin membawa perubahan terhadap badan bebas itu?. Jika inilah caranya maka ianya sama sahaja dengan strategi yang digunakan oleh Rashit SPR dulu. Selagi SPR tidak adil, telus dan cekap mengendalikan perjalanan pilihanraya maka selagi itulah kita akan melihat parti yang ditolak majoriti rakyat terus berkuasa di negara ini. SPR sebenarnya Suruhanjaya Pengkhianat Rakyat].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.