Followers

Wednesday, April 7, 2010

HULU SELANGOR...UJIAN KEMELAYUAN umNO .. SIKAP ANDA??


Isyarat dari Najib semakin jelas SINI. Nampaknya umNO dan pejuang bangsa dalam umNO akan kempunan sekali lagi. umNO yang menjadi juara melayu kononnya rupanya hanya pandai silat pulut. Lagaknya macam megat Terawis... tapi hatinya penakut macam kura kura bila disergah.

Kegagahan umNO menjulang dan membela melayu khususnya ketika krisis Perak dilihat seolah toada yang lebih melayu selain umNO. Hak melayu dituntut walaupun mereka sendiri tidak jelas dengan apa yang dikatakan hak. DS Nizar yang dituduh menjadi tunggangan Cina DAP kerana menggadaikan hak melayu kepada DAP.

Walaupun semua tahu bagaimana umNO telah menggadaikan banyak kerusi majoriti melayu kepada rakannya MCA, MIC dan Gerakan malah PPP. Rakyat Perak masih ingat isu kerusi Parlimen Bukit Gantang yang diserahkan kepada Keveayas dari PPP. Kegagahan dan keberanian umNO bahagian yang mempertahankan kerusi itu cair seperti coklat dibakar bila lelehan coklat itu singgah ke bibir mereka. Walaupun mereka tak kenyang, tetapi rasa manis coklat yang dilelehkan ke bibir pemimpin cawangan dan bahagian sudah cukup menjadikan sifat pahlawan menjadi pondan.

Dalam pilihanraya 2008, PPP terpaksa berpindah ke Taiping milik Gerakan, umNO Bukit Gantang merasa mereka telah menang berjuang...namun sebagi tukarannya... Gerik yang merupakan kawasan Menteri Besar Perak ketika itu.. Tajol Rosli pula terpaksa dijual setelah Lenggong menolaknya... Melayu juga yang rugi... Itulah perjuangan umNO yang dikatakan pejuang bangsa...menang sorak ...body tergadai...

Hulu Selangor pasti sekali lagi akan menyaksikan umNO yang kononnya jaguh berjuang untuk melayu akan menggadai kerusi itu sekali lagi kepada MIC. Isyarat Zahid amat jelas... ditambah arahan Najib yang mahu semua pihak akur...pastinya yang akan dipaksa akur itu ialah melayu umNO!

Pakatan Rakyat yang tidak pernah pun mendakwa pejuang bangsa samada PAS , PKR atau DAP telah sepakat pastinya calon melayu di situ berdasarkan komposisi kaum. Inilah yang dikatakan kerjasama dan keadilan. memberi hak kepada yang berhak! Dalam isu ini di mana pejuang tulen melayu dalam umNO?? Tidakkah melayu melebihi 50 % berbanding MIC sekitar 15%???

Kepada pejuang melayu dalam umNO serta ekstrem melayu di mana sehaja berada... renunglah... perjuangan melayu dalam umNO hanyalah mimpi ketika berlari di tengahhari... Jika anda jujur dan pejuang tulin melayu... tentunya realiti ini meyakinkan anda umNO bukan pejuang melayu..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.