Followers

Monday, February 8, 2010

Kes Liwat: PDO Dahului Mahkamah - pahangdailyonline

Blogger UMNO Perlu Bijak Menggunakan Otak Anugerah Allah Dalam Menilai Dan Membuat Analisis Sebenarnya !! Agak mengejutkan bila mana ada blogger pencacai UMNO Pahang seperti Yang Gambi, YB Raz dan BraveHearts yang sanggup mengutuk PDO hanya kerana membuat analisa terkini tentang kes fitnah liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang ini.

Mereka menuduh kononnya mendahului dan cuba untuk mempengaruhi mahkamah. Mereka semua itu lupa yang Allah Taala mengurniakan kepada hambaNya otak dan akal fikiran untuk berfikir dengan waras. Maka itu gunakalah dengan sebaik mungkin dan jangan persiakan anugerah yang diberikanNya itu.


Kami tidak sama sekali cuba mempengaruhi mahkamah seperti apa yang dilakukan oleh media arus perdana dan banyak blog UMNO yang menjatuhkan hukuman kononnya Anwar peliwat dan mengatakan kes liwat pertama dulu dia terlepas kerana faktor teknikal. Kami hanya menghuraikan apa yang menimbulkan kemusykilan di luar mahkamah.


Antaranya tentang hubungan intim Saiful dan Najib Razak, pertemuan sulit mereka atas nama memohon biasiswa sedangkan Saiful gagal dalam pengajiannya, Saiful membuat pemeriksaan doktor sebelum laporan polis, Saiful bertemu Najib mengatakan dia diliwat dalam keadaan menggigil dan banyak lagi perkara yang boleh dipertikaikan. Berfikir dengan logik akal, mahukah Najib bertemu dengan Saiful di rumahnya. Siapa Saiful yang diberi layanan istimewa itu jika tidak ada "deal dibelakang". Mahukah Najib menolong orang yang "bangang" seperti Saiful meneruskan pelajaran?. Kenapa perlu berjumpa Najib bagi mengadu dia diliwat? Sedangkan ramai lagi tokoh yang wajar ditemui jika sekadar untuk mendapatkan khidmat nasihat.


Tambahan pula sehari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar juga, Saiful dipercayai berjumpa dengan Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Rodwan Yusof di bilik 619, Hotel Concorde Kuala Lumpur. Rodwan adalah pegawai polis yang sama dalam kes liwat 98, apabila beliau dipercayai terbabit memalsukan bukti dalam kes itu dulu. Malah, keperluan mengadakan satu pertemuan sulit dengan Rodwan di hotel berkenaan amatlah mencurigakan dan ia merupakan satu lagi strategi konspirasi peringkat tertinggi terhadap Anwar.


Malah, tindakan pihak pendakwa yang enggan menyerahkan salinan dokumen, sampel bahan bukti dan keterangan saksi kepada peguam Anwar dilihat sebagai satu lagi usaha jahat ke arah itu. Ditambah lagi dengan tindakan bersejarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang melambatkan tuduhan Qazaf ke atas Saiful kononnya untuk menunggu keputusan mahkamah sivil terlebih dahulu amatlah malang sekali. Kali pertama pihak berkuasa Islam terpaksa menunggu keputusan mahkamah sivil bagi kes yang membabitkan kepentingan Islam itu, mengundang seribu persoalan sebenarnya.


Hanya orang yang tidak menggunakan "otak kanan" dengan baik sahaja yang tidak langsung ternampak perkara ini musykil berlaku. Anak muda yang bekerja di pejabat Anwar boleh berjumpa Najib untuk memohon biasiswa, sedangkan ramai lagi pegawai lain di JPA dan MARA yang boleh ditemui jika benar dia ingin melanjutkan pelajaran. Malah, pada masa itu beliau masih bekerja di pejabat Anwar. Umum mengetahui bahawa pemimpin UMNO yang berkuasa hanya akan melayan penyokong UMNO BN sahaja dalam mengagihkan peruntukan, kebajikan dan sebagainya.


Mana mungkin mahu berjumpa dan bertemu Saiful tatkala dia masih bertugas di pejabat mantan TPM itu. Mungkin Saiful adalah "spy Anwar" untuk mendapatkan rahsia dalam UMNO BN. Tapi kenapa Najib mengatakan dia menolong Saiful untuk biasiswa?. Malah tindakan Saiful masih berada di rumah Anwar sehari selepas kononnya dia diliwat juga amatlah diragui. Ini jelas membuktikan bahawa Anwar sebenarnya yang terperangkap sebagai "mangsa fitnah liwat" permainan Saiful Bukhari dan pihak terbabit itu].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.