Persidangan Antarabangsa Sains IAS 2009 Selangor kali ini mendapat sambutan menggalakkan dari pakar saintis dalam dan luar Negara. Tidak ketinggalan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut diundang sebagai panel dalam sesi taklimat persidangan itu. Membawa tajuk ‘The Leadership and Policy Components For The Knowledge Society: A Proposed Best Practice for OIC Countries, Tun Mahathir mengingatkan kepada semua pemimpin supaya memperoleh ilmu pengetahuan yang tinggi bagi memacu perkembangan sesebuah organisasi pentadbiran. Tun Mahathir berkata, dalam memartabatkan ilmu, pemimpin mesti memahami kepentingan penguasaan ilmu kerana ia merupakaan kunci membawa masyarakat serta Negara ke hadapan. Jelasnya lagi, kegagalan seseorang pemimpin itu memahami kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan akan menyebabkan bangsa dan Negara akan ketinggalan. “Ilmu pengetahuan ini adalah sangat penting kerana kalau tiada pengetahuan, jadi kita akan jauh ketinggalan di belakang dan kita akan dijajah oleh orang, sebab itu kita perlu kuasai ilmu pegetahuan dan sekarang ni ilmu banyak dalam bahasa Inggeris, kalau kita tak faham, kita akan ketinggalan,” katanya.Mantan perdana menteri itu turut menyarankan semua kaum di Negara ini khususnya orang Melayu perlu mengikis tanggapan bahawa penguasaan serta amalan penggunaan bahasa Inggeris sebagai tidak patriotik terhadap bangsa sendiri. Beliau berkata, tanggapan sedemikian tidak seharusnya wujud memandangkan penguasaan bahasa tersebut amat penting dalam konteks perkembangan semasa. “Kalau kita ini patriotik, nak jadi kaum yang hebat, tak semestinya kita kena bercakap dalam bahasa kita sendiri. Akan tetapi, yang penting adalah ilmu dan itulah yang menjadikan kita ini bangsa yang agung,” katanya.
Kena ada kerjasama dengan mereka yang ada knowledgeersidangan tersebut yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unisel dengan kerjasama International Islamic Academy for Life Sciences and Biotechnology (IIALSB) itu disertai lebih 300 saintis dengan 105 daripadanya adalah ahli IAS sendiri meliputi 35 buah negara Islam seluruh dunia.
sumber: tvselangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.