Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menyerahkan cek sumbangan berjumlah 62 ribu ringgit kepada enam buah rumah kebajikan di Selangor.
Pengerusinya, Puan Sri Salbiah Tunut berkata sumbangan merupakan hasil daripada dana terkumpul pemberian beberapa badan korporat dan syarikat swasta.“Untuk kegunaan seperti yang dikehendaki oleh kelab ini untuk membuat bengkel kerja-kerja jahitan, dan buat kuih dah sebagainya. Untuk meningkatkan pendapatan dan juga mereka nak berdikari”, kata Puan Sri Salbiah Tunut. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek berjumlah 10 ribu ringgit kepada Kelab Kecacatan Fizikal Klang di Jalan Kebun petang tadi.
Program sumabangan berkenaan bermula dari Rumah Anak Yatim Sarakat Ilam, Rawang dan diakhiri di Kelab Kecacatan Fizikal Klang, Jalan Kebun, Klang; Salbiah berkata ia adalah kesinambungan Kembara Jejak Amal yang dilakukan bulan lepas. Baki empat lagi rumah kebajikan akan menerima sumbangan berkenaan pada Isnini depan dan akan disampaikan oleh beliau sendiri.
Katanya lagi, Isnin depan Pekawanis bakal meneruskan misinya ke Rumah Perlindungan Remaja Perkid, Hulu Langat; Yayasan Sunbin Home, Cheras; Pusat Rawatan Warga Emas Pulau Meranti, Puchong dan diakhiri di Kampung Harmoni, Ijok. Tambahnya, program seperti ini akan diteruskan sekiranya ia mendapat sambutan menggalakan daripada badan korporat dan syarikat swasta. Bagi Presiden KKFK, Zakaria Mohd Nor, beliau berasa syukur dengan sumbangan yang disalurkan kerana dapat membantu golongan orang kurang upaya berdikari dan menambahkan pendapatan melalui industri kecil dan sederhana.
“Pertama kali saya merasa syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada Pekawanis yang menghulurkan bantuan sebanyak 10 ribu di mana dengan adanya dana ini, Insya Allah kita akan buat seberapa boleh untuk majukan ahli-ahli atau kelab”, kata Zakaria Mohd Nor. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD
ZAIN
sumber: tv selangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.