Pakatan Rakyat
Susulan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dalam blog Malaysia Today perihal rakaman video pendedahan "skandal pembunuhan Altantunya" oleh Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam, maka ternyata kini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bagai "cacing kepanasan".
Biarpun isterinya, Rosmah Mansor mengatakan segala maklumat terbaru itu tidak menganggu tugas-tugas Najib dan dianggap sebagai tuduhan liar yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang cemburu dengan suaminya itu.
Malah Rosmah juga ada berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau dan sebagai isteri perdana benteri,
beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna serta baik untuk masa depan. Begitulah kenyataan seorang isteri pemimpin yang kini mungkin tidak lena tidur akibat dibuai oleh mimpi-mimpi ngeri jelmaan "Altantunya Shariibuu".
Umum melihat, biarpun kes itu seolah-olah sudah ditutup rapat-rapat bilamana dua "kambing hitam" iaitu Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dihukum gantung oleh mahkamah hujung tahun lalu. Namun, sehingga kini rakyat masih sangsi dengan keputusan tersebut,
tambahan pula pabila dalang disebalik skandal ini iaitu Razak Baginda dibebaskan oleh mahkamah.
Sedangkan, kedua-dua tertuduh itu sebenarnya kemungkinan besar mendapat arahan daripada Razak sendiri. Manakala Razak pula sudah pasti mendapat arahan pihak atasan atau "Boss"nya. Malah, di mahkamah sendiri, Razak ada menjelaskan bahawa Altantunya mengugut beliau dan meminta diberi bayaran ratusan ribu ringgit. Soalnya, kenapa tuntutan itu dilakukan oleh Altantunya?. Apakah beliau hanya "berseronok" meminta wang daripada Razak tanpa ada apa-apa perjanjian yang dimeterai sebelum itu?. Kenapa pihak polis tidak mahu menyiasat kaitan perkara ini agaknya?
Altantunya Terperangkap Disebalik Janji Palsu
Inilah yang menimbulkan persoalan dan kesangsian dihati rakyat sebenarnya. Malah, kenapa nama-nama Najib Razak sering disebut oleh saksi-saksi terutamanya sepupu Altantunya sendiri.
Anehnya, kenapa pula pihak hakim, pendakwaraya dan peguambela tertuduh pula menghalang Amy (sepupu Altantunya) mengemukakan gambar bukti kelibat Altantunya dengan pemimpin negara yang dipercayai Najib Razak itu?.
Bukankah semua ini berpunca daripada skandal pembelian peralatan pertahanan negara yang dipercayai menelan ratusan juta ringgit.
Malah, pembelian yang dilakukan dengan negara Perancis itu pula agak pelik kerana menggunakan "sebuah syarikat broker" yang mendapat "untung atas angin" bernilai ratusan juta ringgit.
Pembelian yang sepatutnya berlaku antara kerajaan dengan kerajaan "goverment to goverment" dibuat melalui broker yang ada kena mengena pula dengan Razak Baginda pula. Bukankah ini menguatkan lagi firasat rakyat bahawa kes ini masih ada "rahsia besar" yang belum dirungkaikan sebenarnya. Benarlah juga bagai dikataka Altantunya adalah "jurubahasa" untuk semua rundingan pembelian kelengkapan tentera ini sebenarnya.
Maka itulah beliau dipercayai ditawarkan dengan "ganjaran lumayan" sekiranya perjanjian pembelian itu dimeterai. Inilah dia "skrip asal" yang bermain difikiran rakyat.
Kemudian timbul pula isu "anak Altantunya" yang dipercayai hasil hubungan sulitnya dengan individu terbabit "dipercayai suaminya". DNA yang dikatakan dilakukan terhadap anak Altantunya di Monggolia langsung tidak diambil biarpun katanya ia dilakukan. Hasilnya, memungkinkan Altantunya memberontak gara-gara wang ganjaran penuh yang dijanjikan tidak ditunaikan. Malahan beliau pula dipermainakan oleh pihak yang berkenaan. Maka itu juga, kemungkinan besar dek kerana beliau ingin mendedahkan pasal
"kandungan dan anak" tersebutlah, akhirnya terdapat arahan agar "menghapuskan" beliau demi maruah negara yang akan tercemar sekiranya "rahsia besar" itu didedahkan.
Video Pendedahan Bala, Fitnah Atau Kebenaran
Semua ini adalah bersandarkan maklumat dan perjalanan kes yang dilakukan di mahkamah sebenarnya. Justeru itu, perkara seperti ini tidak wajar diistilahkan sebagai "fitnah", kerana ia bermain difikiran setiap hamba rakyat yang mengikuti rentetan perjalanan kes ini sebenarnya. Lantaran itu jugalah,
pendedahan terbaru yang dibuat melalui video eksklusif Balasubramaniam (foto), itu menandakan bukti jelas kes ini perlu dibuka semula. Sirul dan Azilah perlu dibenarkan untuk membela diri mereka daripada pertuduhan.
Soalnya sekarang, sebagai anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) kedua-dua tertuduh sudah pasti mendapat arahan daripada pihak atasan.
Masakan pula mereka membunuh Altantunya "sesuka hati" begitu sahaja.
Inilah yang perlu dibongkarkan sebenarnya. Supaya dunia melihat kes jenayah seperti ini mendapat pembelaan sewajarnya di negara kita.
Sirul dan Azilah pula dikatakan adalah "polis pengiring" pemimpin negara.
Oleh itu, bukankah agak jelas dan mempunyai alasan yang kukuh untuk mengaitkan beliau yang didedahkan oleh Balasubramaniam dengan kes ini?. Rakyat melihat apa yang berlaku didepan mata mereka.
Undang-undang ada kalanya boleh dipermain dan diperalatkan. Namun, suara rakyat adalah suara keramat yang akan menghukum mereka yang terlibat itu sebenarnya. Kita tidak hairan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berteka teki untuk mengambil keterangan daripada Bala seperti yang didedahkan oleh Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat, Samsul Iskandar Md Akin baru-baru ini.
Mungkin mereka takut, bertemu dan mengambil keterangan dari Bala bakal mengundang "bala yang lebih besar" dalam kerjaya mereka selepas ini. Akhirnya, kes ini akan dibiarkan tanpa pembelaan yang sewajarnya oleh sistem kehakiman di negara kita.
sumber: empayarloveperak
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.