Followers

Sunday, November 29, 2009

PKNS Sumbang 7 Ekor Lembu Kepada Surau An - Nur di Sri Perantau.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyumbangkan tujuh ekor lembu korban kepada penduduk Islam pangsapuri Sri Perantau, Klang.
Tidak ketinggalan, penduduk disitu turut mengambil bahagian dengan menyumbangkan dua ekor lagi diikuti dengan seekor lembu oleh Exco Selangor yang juga adun Selat Klang, Dr Halimah Ali. Menurut Dr Halimah, melalui program seperti ini, ia dapat menjalinkan perpaduan penduduk dari pelbagai latar belakang dan ideology serta memupuk semangat kerjasama antara golongan belia.
"Kalau kita lihat dari suasana mereka ini boleh berkumpul. Penduduk-penduduk daripada pelbagai latarbelakang, pelbagai ideologi iniboleh berkumpul dalam suasana ceria dan harmoni," kata beliau. Sementara itu, menurut Pengerusi Surau An-Nur Pangsapuri Sri Perantau, Awang Noh Dollah ini merupakan kali pertama jumlah korban mencecah sehingga 10 ekor dan ia merupakan peningkatan yang memberangsangkan.
"Jadi berjumlah sepuluh ekor. Ini lah kali pertama yang kita dapat selama kita duduk sini lebih kurang 2001. Ini lah kali pertama yang pernah kita, jumlah korban yang paling banyak. Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana saya sendiri pun tidak menyangka pada tahun ni korban begitu banyak. Iaitu daripada pihak PKNS, daripada pejabat ADUN, daripada syarikat dan juga penduduk sendir," katanya. -Hadri Yaziz
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.